| Mohd Shah Arman Shamsu, 23, menunjukkan salah satu hasil tembikar seramik yang dihasilkannya di Sila Studio, Jalan Bharu, Balik Pulau |
Justeru, bagi menzahirkan hasrat kerajaan mewujudkan ‘Satu Daerah Satu Industri’, seorang anak muda, Mohd Shah Arman Shamsu, 23, tidak mahu ketinggalan untuk menceburi bidang seramik yang dilihat berpontensi untuk dimajukan.
![]() |
| IKLAN - ISILA Terbaik Buat Lutut Ibu Anda |
"Bertitik-tolak dari situlah, saya menanam minat untuk mengembang serta memahirkan diri sendiri selepas mendapat tunjuk ajar daripada ayah mengenai proses pembuatan kraf seramik," katanya ketika ditemui, di sini.
| Mohd Shah sedang menyusun hasil tembikar seramik yang dihasilkannya |
Katanya, pelbagai koleksi seramik dihasilkan bersama ayahnya merangkumi pelbagai hiasan jubin, aksesori, cenderahati termasuk bekas tempat bakar yang mendapat sambutan menggalakan daripada pengusaha spa kecantikan.
| Mohd Shah sedang menyusun hasil tembikar seramik yang dihasilkannya |
Sila Studio menampilkan bahan seramik dalam sebuah rumah tradisional Melayu juga menjadi perhatian di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan pelajar sekolah khususnya pada hujung minggu.
| Mohd Shah menunjukkan cenderahati hasil tembikar seramik yang dihasilkannya |
"Pengunjung juga berpeluang melihat hasil seramik oleh artis yang didatangkan khas dari beberapa negara yang dikunjungi ayah saya termasuk dari Amerika Syarikat, China, Turki, India, Thailand dan Malaysia," katanya.
| Mohd Shah sedang membuat kemasan terakhir proses penghasilan kraf seramik |
Katanya, pihaknya berharap ianya mampu direalisasikan dan terus menjadi kunjungan pelancong tempatan dan luar negara untuk melihat pelbagai hasil keluaran penduduk setempat.
| Cenderahati hasil tembikar seramik yang dihasilkannya |
Beliau berkata, tembikar dan bahan seramik yang dihasilkan amat istimewa sekali kerana 100 peratus ianya diperbuat daripada tangan yang terus mendapat tempahan daripada pelanggan.
![]() |
| IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut |
Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama


Tiada ulasan:
Catat Ulasan