Pintu gerbang Akuarium IPP di Batu Maung, dekat Georgetown, yang bakal menerima kunjungan lebih ramai pelawat |
Pembukaan akuarium dengan wajah baru itu menjadi tarikan baru kepada pengunjung dengan beberapa penampilan istimewa khususnya
pameran ikan hiasan selain hidupan marin termasuk kolam ikan dan penyu di bahagian luar dengan memaparkan konsep flora dan fauna.
IKLAN - ISILA Terbaik Buat Lutut Ibu Anda |
Rangka ikan paus turut dipamerkan berhampiran pintu masuk utama turut menjadi tumpuan pengunjung |
Sebagai daya tarikan, rangka ikan paus akan turut dipamerkan berhampiran pintu masuk utama akuarium dijangka turut menjadi tumpuan pengunjung.
Kolam ikan dan penyu di bahagian luar Akuarium memaparkan konsep flora dan fauna |
Penekanan diberikan terhadap ekosistem marin & karang, terutama spesis ikan karang yang dipamerkan bagi makluman awam selain untuk tujuan kajian.
Pengunjung dapat melihat hidupan laut yang dipamerkan di Akuarium IPP |
Pihak pengurusan akuarium itu masih mengekalkan harga tiket iaitu RM5 (dewasa), RM2 (kanak-kanak 7 hingga 12 tahun), RM1.50 bagi rombongan pelajar sekolah, manakala Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas diberikan potongan 50 peratus.
Projek menaiktaraf itu dijangka dapat meningkatkan jumlah pengunjung sekali ganda iaitu 120,000 orang berbanding 60,000 setahun sebelum ini.
Jabatan Perikanan negeri juga bercadang untuk menyediakan sebuah Muzium Perikanan yang pertama bagi memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kegiatan perikanan di negara ini.
Sementara itu, seorang pengunjung, Diana Koh, 49, berkata inisiatif IPP menaiktaraf mewujudkan akuarium itu harus diberi pujian kerana ia bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan.
"Akuarium ini dapat dijadikan sebagai salah satu lokasi tumpuan pengunjung terutama ketika program Tahun Melawat Malaysia (TMM) sedang hebat dijalankan," katanya.
IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut |
Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan