Abdul Latif Abdul Karim, 54 menunjukkan kuih Pak Tongko yang baru digoreng di Jalan Hatin, Georgetown |
Masakan yang diperkenalkan oleh masyarakat India Muslim di negeri ini turut menyajikan pelbagai makanan ringan yang segar dan sihat dengan kadar bayaran murah tetapi menyelerakan.
IKLAN - ISILA Terbaik Buat Lutut Ibu Anda |
Bagi peniaga Pak Tongko, Abdul Latif Abdul Karim, 54, berkata makanan ringan itu diperkenalkan datuknya, Allahyarham Kader Bawa dan kemudiannya disambung oleh bapanya, Allahyarham Mohd Ibrahim Kader Bawa sejak tahun 1957.
Abdul Latif sedang menguli tepung untuk menghasilkan kuih Pak Tongko |
Beliau berkata, antara bahan yang digunakan untuk membuat kuih Pak Tongko adalah aduan tepung, gula dan majerin dan dijual pada harga serendah 50 sen sebiji.
Abdul Latif sedang mengoreng kuih Pak Tongko |
"Alhamdulillah, perniagaan saya semakin baik apabila ramai pelanggan yang datang untuk membeli kuih ini untuk dinikmati ketika waktu minum petang atau malam," katanya.
Katanya, adunan tepung yang siap diuli memerlukan masa kira-kira dua setengah jam akan dibiarkan seketika sebelum dibawa ke tapak perniagaan dalam bekas khas.
Abdul Latif sedang mengoreng kuih Pak Tongko |
Pelanggan tetap Pak Tongko, Azhar Pawanchik, 48, berkata dia sekeluarga mengemari kuih Pak Tongko yang dihasilkan oleh Abdul Latif dan sukar ditemui di tempat lain.
"Abdul Latif adalah satu-satunya peniaga Pak Tongko yang masih bertahan di pusat bandaraya ini walaupun pelbagai makanan ringan tumbuh bagaikan cendawan kerana resepinya turun-temurunnya yang enak," katanya.
Beliau turut mencadangkan kepada pengunjung khususnya pelancong tempatan dan asing supaya mencuba keenakkan kuih Pak Tongko yang dijual oleh Abdul Latif dan boleh dinikmati dengan pelbagai cara.
IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut |
Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan