Sabtu, 19 November 2016

KUIH BAHULU PELBAGAI PERISA JADI JUADAH POPULAR DI KALANGAN PELANGGAN

Pengusaha, Hamizon Abdul Karim, 33 menunjukkan kuih bahulu perisa pandan yang menjadi pilihan popular di kalangan pelanggan di Jalan Genting, Balik Pulau

Balik Pulau: Kuih bahulu suatu ketika dahulu amat terkenal dan menjadi juadah popular yang sering dihidangkan sewaktu musim perayaan dan menjadi salah satu hidangan wajib.

Namun kini, permintaan tinggi terhadap kuih bahulu khususnya untuk hidangan seisi keluarga pada waktu petang menyebabkan ianya kini mudah didapati dan sering dijadikan cenderahati pada majlis keraian, malah terdapat dalam pelbagai bentuk yang menarik.







IKLAN - ISILA Terbaik Buat Lutut Ibu Anda





Menyedari keadaan itu, surirumah, Hamizon Abdul Karim, 33, memulakan langkah menceburi bidang perniagaan membuat kuih bahulu dikenali nama `Chennai' mengambil sempena tempat lahir datuknya yang berasal dari India secara komersial dan kini semakin dikenali di sekitar pekan iu.

"Saya memulakan perniagaan membuat bahulu dengan modal permulaan RM500 untuk membeli peralatan dan bahan membuat kuih selepas mendapat tempahan daripada kalangan pasangan `Raja Sehari' yang datang membuat kad jemputan di kedai percetakan milik suami, Mohd Rizal Abdul Rahman, 44," katanya ketika ditemui di rumahnya Jalan Besar, Kongsi, di sini.

Hamizon edang mengeluarkan kuih bahulu perisa pandan dari oven yang menjadi pilihan popular di kalangan pelanggan

Beliau berkata, permintaan tinggi di kalangan pelanggan khususnya untuk tempahan cenderahati majlis perkahwinan menyebabkannya tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan yang ada kalanya mencecah sehingga 2,000 hingga 3,000 biji.

Katanya, proses penyediaan secara tradisional masih dikekalkan selain kemahiran untuk mengadun bahan bahan seperti telur, gula dan tepung sebelum dimasukkan ke dalam acuan untuk dibakar.


Kuih bahulu perisa pandan kini menjadi pilihan popular di kalangan pelanggan

"Penyediaan kuih bahulu Chennai kini lebih mudah dan masa juga dapat dijimatkan dengan penggunaan mesin dan oven malah bahulu panas yang dibakar mengeluarkan aroma yang menyelerakan dijual segar kepada pelanggan," katanya.

Beliau berkata, bahulu keluarannya mempunyai pelbagai variasi dan semakin digemari serta terdapat dalam pelbagai perisa seperti pandan, coklat, oren dan Mocca.

"Mungkin ramai yang belum mencuba beranggapan bahawa bahulu berperisa tidak sama dengan yang perisa asli tetapi kalau tak cuba tak tahu kelainannya," katanya.

Hamizon berkata, harga bagi setiap sebiji bahulu Chennai dalam acuan pecah lapan dijual pada harga serendah RM1.20 hingga RM1.70 mengikut kapasiti tempahan daripada pelanggan.

"Alhamdulillah, perniagaan kuih bahulu ini semakin mendapat perhatian orang ramai hasil resepi turun temurun keluarga dan mampu memperolehi pendapatan mencecah RM1,500 selepas ditolak modal bagi 1,000 biji bahulu yang dijual," katanya.

Selain bahulu, ibu kepada dua anak itu turut membekalkan kuih bengkang atau bingka perisa strawberry, pandan dan oren, kuih lapis perisa sama, kek lapis berperisa kiwi, aneka kek dan cream puff.

Katanya, pihaknya sentiasa menerima tempahan untuk majlis kesyukuran, pertunangan, hari jadi, katering dan majlis keraian lain dan mereka yang ingin mendapatkan kuih bahulu boleh menghubunginya di No. 316-A, Jalan Genting, 11000 Balik Pulau atau menghubungi talian 017-4140229.






IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut





Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan