Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menaiktaraf Taman Lalulintas di Lebuhraya Bodhi, Georgetown, bagi menarik kunjungan orang ramai beriadah |
Kawasan yang sering digunakan untuk acara permainan lalulintas oleh murid sekolah rendah selain orang ramai yang beriadah setiap awal pagi dan petang.
IKLAN - ISILA Terbaik Buat Lutut Ibu Anda |
Tinjauan Metroplus mendapati jumlah pengunjung ke kawasan itu semakin meningkat selepas kerja-kerja menaiktaraf dilaksanakan selain penjagaan rapi dengan memastikan aspek turut kebersihan diberikan perhatian untuk keselesaan orang ramai.
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menaiktaraf Taman Lalulintas di Lebuhraya Bodhi, Georgetown, bagi menarik kunjungan orang ramai beriadah |
"Saya berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh MPPP yang prihatin akan keperluan orang ramai untuk beriadah dengan selamat dan selesa," katanya ketika ditemui, di sini.
Taman Lalulintas di Lebuhraya Bodhi, Georgetown, menjadi kunjungan penduduk setempat dan orang ramai beriadah berikutan tindakan MPPP menaiktaraf kawasan itu |
Pengunjung lain, Mohd Rais, 35, berkata pihaknya berterima kasih di atas semua usaha yang dijalankan MPPP bagi memastikan kemudahan disediakan pada digunakan setiap masa.
"Saya berharap permainan lalulintas dapat diadakan di taman ini dengan lebih kerap bagi mendidik murid dan pelajar sekolah aspek keselamatan ketika berada di jalanraya," katanya.
Beliau berkata, pengunjung mahu kemudahan disediakan tidak dirosakkan atau disalahgunakan kerana ianya adalah harta awam.
Mengulas mengenai perkara itu, jurucakap Bahagian Perhubungan Awam MPPP, berkata pihaknya sentiasa memantau dengan menempatkan peralatan riadah dan sukan untuk kegunaan orang ramai.
"Kita juga akan mencari jalan untuk meningkatkan kemudahan lain yang difikirkan perlu di beberapa pusat tumpuan awam lain," katanya.
IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut |
Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan