Selasa, 8 November 2016

PUSAT REKREASI MINI D' MEMORI JADI TUMPUAN PELANCONG TEMPATAN DAN LUAR NEGARA

Pusat Mini Rekreasi D' Memori yang terletak di pantai Tanjung Assam, Teluk Kumbar, Balik Pulau, dibina untuk kemudahan orang ramai berkelah dan beriadah

Balik Pulau: Pulau Pinang kini mempunyai satu lagi tempat tumpuan pengunjung untuk berkelah dan beriadah bersama keluarga apabila Pusat Mini Rekreasi D' Memori yang terletak di pantai Tanjung Assam, Teluk Kumbar, dekat sini, dibina untuk kemudahan orang ramai.

Pusat itu siap sepenuhnya pada 2002 dan mengambil masa antara empat hingga lima tahun untuk meneroka tapak yang dipenuhi semak-samun bagi membina kemudahan seleperti homestay, chalet, tandas, surau, tempat makan dan bilik mandi untuk kemudahan pengunjung.







IKLAN - ISILA Terbaik Buat Lutut Ibu Anda





Pengusahanya, Hamdan Che Lah, 55 yang lebih mesra dengan panggilan `Pak Teh' berkata tempat baru itu mula dikunjungi orang ramai termasuk penduduk setempat pada cuti hujung minggu.

"Kami menyediakan kemudahan asas untuk pengunjung dan sekiranya mereka mahu bermalam kemudahan sampingan seperti khemah dan pelampung disediakan dengan kadar harga berpatutan," katanya.


Pusat Mini Rekreasi D' Memori menyediakan kedai serbanika untuk kemudahan orang ramai berkelah dan beriadah

Beliau berkata, pada hujung minggu termasuk cuti penggal persekolahan, tempat rekreasi itu terus menerima kunjungan pelancong tempatan, khususnya dari Kedah, Perlis dan Perak.

Katanya, mereka yang berhasrat untuk berkunjung ke situ dan menggunakan kemudahan asas di persekitaran kawasan dikenakan bayaran RM6 seorang, manakala penginapan homestay dikenakan harga RM250 untuk sebuah rumah yang boleh memuatkan antara 10 hingga 15 orang.


Pusat Mini Rekreasi D' Memori menyediakan kemudahan chalet kepada pengunjung yang mahu bermalam di situ

"Kita juga menyediakan kemudahan chalet untuk dua orang dengan kadar bayaran RM100 untuk semalam.

Beliau berkata, pengunjung kini mula memilih kawasan di daerah Barat Daya kerana tidak lagi berminat ke tempat pelancongan utama di sekitar Batu Feringhi kerana terlalu sesak termasuk terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.


Pusat Mini Rekreasi D' Memori menyediakan kemudahan homestay kepada pengunjung yang mahu bermalam di situ

"Bagi mereka yang mahu berkhemah di kawasan in iakan diterangi sekitar kawasan bagi menjamin keselamatan pengunjung pada waktu malam," katanya.

Beliau berkata, kawasan itu terkenal sebagai syurga pemancing dan sering menjadi pilihan termasuk mereka yang ingin merehatkan fikiran.


Pusat Mini Rekreasi D' Memori dibina untuk kemudahan orang ramai berkelah dan beriadah

Katanya, pihaknya juga sedang dalam perancangan untuk menyediakan kemudahan kegiatan sukan air seperti kenu, jet-ski serta bot pemancing bagi menarik lebih ramai pengunjung beriadah di situ.






IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut





Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan