Rabu, 16 November 2016

RAJA TEH TARIK PULAU PINANG PAMER AKSI MENARIK TARIK PENGUNJUNG SEBAGAI SUMBER REZEKI

Pembancuh minuman teh tarik, Jalil Abdul Aziz, 47 mempamerkan pelbagai aksi menarik tanpa menumpahkan walau setitik bancuhan minuman itu di Taman Abidin, Jalan Perak, Georgetown

GEORGETOWN: Teh tarik sememangnya cukup sinonim sebagai minuman hidangan wajib bukan sahaja di rakyat tempatan, tetapi juga pelancong asing juga tidak mahu ketinggalan untuk menikmati keenakkan adunan teh dan susu pekat di semua restoran dan premis makanan di negeri ini.

Rasa enak teh tarik yang tersendiri menggabungkan perasa manis, sedikit pahit sudah pasti menggoda lidah sesiapa sahaja untuk terus merasakan nikmatinya minuman itu.






IKLAN - ISILA Terbaik Buat Lutut Ibu Anda





Namun penyediaan teh tarik yang sebilangan besar disediakan oleh golongan India Muslim lebih unik dari segi penyajiannya jika pembuatnya mampu melakukan pelbagai aksi sambil menari mengikut irama muzik bagi menarik perhatian pelanggan.

Pembancuh minuman teh tarik terkenal di Pulau Pinang, Jalil Abdul Aziz, 47 yang berpengalaman lebih 18 tahun dalam bidang berkaitan bukan sahaja memperagakan pakaian mengikut citarasa sendiri, tetapi pada masa sama dapat menari dengan mempamerkan pelbagai aksi menarik tanpa menumpahkan walau setitik bancuhan minuman itu.


Jalil mempamerkan pelbagai aksi menarik tanpa menumpahkan walau setitik bancuhan minuman itu

"Saya mula menceburi bidang sebagai pembancuh teh tarik apabila bekerja di Restoran Pelita Cawangan Taman Chai Leng, Prai pada 1995 selama sembilan tahun dan mencuba-cuba melakukan aksi mudah sebelum mencuba aksi lebih mencabar dengan memastikan minuman itu tidak tertumpah,

"Hasil penelitian beberapa pihak yang berminat dengan aksi yang dipamerkan, saya kemudiannya dijemput oleh sebuah syarikat pengeluar susu pekat bagi mempromosikan produk mereka di beberapa pasaraya," katanya ketika ditemui di Taman Abidin, Jalan Perak, di sini.


Salah satu aksi menarik Jalil ketika beraksi di majlis keramaian

Jalil yang dikenali sebagai Raja Teh Tarik Pulau Pinang berkata, aksi menarik yang dipamerkan ketika membancuh teh tarik tanpa menumpahkannya walau setitik kemudiannya diteruskan di sebuah restoran di Chennai, India selama tiga bulan pada 2003.

Katanya, bertitik tolak daripada itu, dia kemudiannya menyertai pertandingan Nescafe Tarik peringkat negeri pada 2003 dan berjaya menjuarai pertandingan itu selepas menewaskan 12 peserta lain sekali gus meraih hadiah wang tunai RM1,000.


Jalil melihat pengiktirafan yang diterimanya ketika menyertai beberapa pertandingan teh tarik

"Selepas menjuarai pertandingan itu, saya terus menerima pelbagai undangan untuk membuat persembahan tarian teh tarik termasuk di depan beberapa orang kenamaan seperti bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika mengadakan lawatan mesra ke pasar Air Itam, di sini, April tahun lalu," katanya.

Jalil yang mendapat sokongan isterinya, Zarina Rani Mohamad Muhyiddin, 48, berkata dia juga pernah menyertai rombongan promosi dan pameran `Taste of London' anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) ke London pada 2010.

Katanya, pameran tahunan yang itu menghimpunkan pelbagai jenis masakan dan makanan daripada pelbagai restoran terkemuka di United Kingdom yang berjaya menarik lebih 50,000 pengunjung.

Pelbagai rest oran dan aneka pilihan makanan dan minuman, ianya adalah satu-satunya tempat yang unik serta memberi pengetahuan terbaik sebagai platform untuk berinteraksi sambil berjual beli disamping mempromosi jenama berprestij, chef dan industri restoran.

Jalil juga pernah membuat persembahan sama dianjurkan oleh Pelancongan Malaysia ke Osaka, Jepun pada 2001 selain menyertai beberapa pertandingan aksi teh tarik peringkat kebangsaan," katanya.

"Saya mempunyai pakaian yang direka khas bersama dua cawan `stainless steel' ketika melakukan aksi dalam setiap kali persembahan sepenuh masa sebagai sumber rezeki," katanya.

Jalil juga menerima undangan untuk membuat persembahan bukan sahaja untuk majlis keramaian rasmi tetapi juga pada majlis perkahwinan dengan kadar bayaran berpatutan serendah RM350 hingga RM500.

Mereka yang berminat untuk melihat aksi Jalil ketika menyediakan bancuhan teh tarik boleh menghubunginya di talian 016-4508360.






IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut





Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan