Ahad, 13 November 2016

TAMAN PERBANDARAN JADI PILIHAN KELUARGA PADA HUJUNG MINGGU DAN CUTI PERSEKOLAHAN

Kolam renang di Taman Perbandaran Pulau Pinang sentiasa penuh dengan pengunjung yang mandi-manda bersama keluarga di Persiaran Kuari, Georgetown

GEORGETOWN: Taman Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Persiaran Kuari, kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar semakin dikenali bukan sahaja pada cuti hujung minggu malah cuti penggal persekolahan.

Ini berikutan taman itu bukan sahaja menjadi tempat paling seduai kepada pengunjung untuk beriadah sambil bersantai bersama keluarga, malah turut menjadi pilihan pencinta alam.






IKLAN - ISILA Terbaik Buat Lutut Ibu Anda





Taman itu adalah satu-satunya pusat riadah yang terletak di dalam lingkungan kawasan bandar sekali gus menjadi tumpuan penduduk setempat, pelancongan tempatan dan asing.

Ia menawarkan lorong pejalan kaki refleksologi, dewan terbuka, padang permainan, kolam renang, lapangan memanah, gelanggang papan selaju, dewan tertutup, gelanggang x-treme dan trek basikal bukit.



Taman Perbandaran MPPP itu turut menarik tumpuan `raja sehari' untuk mengabdikan kenangan di Laman Mempelai yang disediakan.

Laman Mempelai membolehkan pasangan yang melangsungkan perkahwinan merakamkan potret berlatar belakangkan khazanah flora dan fauna.

Kemudahan laman yang disediakan itu turut mencuri tumpuan awam apabila pasangan `raja sehari' berpeluang merakamkan potret hari bahagia mereka secara percuma.

Sebuah pelamin dengan konsep reka cipta menarik memaparkan daun keladi dengan bumbung menjadikannya kelihatan begitu menarik.

Hasil usaha yang dijalankan membolehkan MPPP meraih Anugerah Taman Perbandaran pada hari Landskap Negara, lima tahun lalu.

Sebahagian besar taman sudah dibangunkan daripada keseluruhan 66.4 hektar dan ia satu-satunya taman di dalam bandar yang masih mengekalkan persekitaran berbukit dan hutan.

Seorang pengunjung, Ahmad Zafri Hamzah, 40, berkata persekitaran yang nyaman menjadikan Taman Perbandaran itu sebagai pilihannya sekeluarga untuk berehat dan beriadah bersama keluarga.

"Ini tempat paling ideal untuk melepaskan penat selepas bekerja sekali gus dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan," katanya.






IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut





Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan