Jumaat, 18 November 2016

BEKAS PELAJAR MULTIMEDIA KOLEJ KOMUNITI SELAYANG CEBURI BIDANG PEMBUATAN KRAFTANGAN SERAMIK

Mohd Shah Arman Shamsu, 23, menunjukkan salah satu hasil tembikar seramik yang dihasilkannya di Sila Studio, Jalan Bharu, Balik Pulau

Balik Pulau: Industri kraf seperti seramik mampu dijadikan sebagai produk industri bagi penduduk kampung dan melahirkan usahawan-usahawan kraf yang berdaya saing di negeri ini.

Justeru, bagi menzahirkan hasrat kerajaan mewujudkan ‘Satu Daerah Satu Industri’, seorang anak muda, Mohd Shah Arman Shamsu, 23, tidak mahu ketinggalan untuk menceburi bidang seramik yang dilihat berpontensi untuk dimajukan.






IKLAN - ISILA Terbaik Buat Lutut Ibu Anda





Bekas pelajar jurusan Multimedia di Kolej Komuniti Selayang, Selangor, Arman memulakan operasi perniagaan seramik yang pada asalnya sekadar membantu ayahnya, Dr Shamsu Mohamad yang juga Pensyarah Reka Bentuk, Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM), Minden, di sini, pa da Januari 2012.

"Bertitik-tolak dari situlah, saya menanam minat untuk mengembang serta memahirkan diri sendiri selepas mendapat tunjuk ajar daripada ayah mengenai proses pembuatan kraf seramik," katanya ketika ditemui, di sini.


Mohd Shah sedang menyusun hasil tembikar seramik yang dihasilkannya

Beliau berkata, penubuhan Sila Studio yang terletak berhampiran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad di Jalan Bharu, di sini, yang bermula dengan modal kira-kira RM10,000 termasuk pembelian peralatan pembuatan, dapur dan hiasan perabot.

Katanya, pelbagai koleksi seramik dihasilkan bersama ayahnya merangkumi pelbagai hiasan jubin, aksesori, cenderahati termasuk bekas tempat bakar yang mendapat sambutan menggalakan daripada pengusaha spa kecantikan.


Mohd Shah sedang menyusun hasil tembikar seramik yang dihasilkannya

"Kita juga menerima banyak kunjungan pelancong tempatan dan luar negara yang datang bukan sahaja untuk melihat hasil keluaran seramik, tetapi pada masa sama mereka turut berpeluang mencuba membuatnya hasil kerja tangan sendiri," katanya.

Sila Studio menampilkan bahan seramik dalam sebuah rumah tradisional Melayu juga menjadi perhatian di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan pelajar sekolah khususnya pada hujung minggu.


Mohd Shah menunjukkan cenderahati hasil tembikar seramik yang dihasilkannya

Arman berkata, pihaknya menyediakan pakej menarik yang memberikan peluang kepada pengunjung mewarna seramik dan membawa pulang cenderahati serendah RM10.

"Pengunjung juga berpeluang melihat hasil seramik oleh artis yang didatangkan khas dari beberapa negara yang dikunjungi ayah saya termasuk dari Amerika Syarikat, China, Turki, India, Thailand dan Malaysia," katanya.


Mohd Shah sedang membuat kemasan terakhir proses penghasilan kraf seramik

Sementara itu, Dr Shamsu berkata, pihaknya melihat daerah Balik Pulau berpotensi menjadi kawasan pelancongan baru yang berasaskan industri kraf seramik dan produk-produk yang berkaitan dengannya.

Katanya, pihaknya berharap ianya mampu direalisasikan dan terus menjadi kunjungan pelancong tempatan dan luar negara untuk melihat pelbagai hasil keluaran penduduk setempat.

Cenderahati hasil tembikar seramik yang dihasilkannya

"Alhamdulillah, ramai pengunjung berpuas hati selepas melawat selain memuji kecantikan dan keunikan hasil seramik buatan tanganya yang dijual serendah RM5 hingga RM500," katanya.

Beliau berkata, tembikar dan bahan seramik yang dihasilkan amat istimewa sekali kerana 100 peratus ianya diperbuat daripada tangan yang terus mendapat tempahan daripada pelanggan.





IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut





Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan