|
Bangunan asal Masjid Maqbul yang terletak di tebing Sungai Pinang, Georgetown, turut dikenali sebagai Masjid Tok Guru dibina pada tahun 1850 |
Georgetown: Masjid Maqbul terletak di tebing Sungai Pinang yang turut dikenali sebagai Masjid Tok Guru dibina pada tahun 1850. Ia didirikan oleh pedagang-pedagang Acheh yang menggunakan laluan sungai itu untuk memudiki ke hilir bagi membawa barangan seperti rempah, gambir,pala dan berbagai barangan lain dari kawasan pendalaman.
Masjid Maqbul yang berkeluasan 540 meter persegi itu juga dikatakan dibina menggunakan batang pokok Nibong sebelum dibaiki menggunakan batu-bata pada 1850 hasil derma seorang berketurunan Jawi Peranakan dikenali Abdul Ghani pada abad ke-19 yang berasal dari Madura, Indonesia.
|
IKLAN - ISILA Terbaik Buat Lutut Ibu Anda |
Ia sering menjadi kunjungan orang ramai kononnya kerana dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit, melariskan perniagaan, tolak bala dan sebagainya.
Pembangunan semula masjid terbabit bernilai RM450,000 dilaksanakan selepas terbabit dalam projek pembangunan jambatan Sungai Pinang dan adalah salah satu masjid tertua di negeri ini.
|
Masjid Maqbul yang terletak di tebing Sungai Pinang, Georgetown, terus menjadi kunjungan umat Islam beribadah dan adalah salah satu masjid tertua di Pulau Pinang |
Pelbagai program mengimarahkan masjid dan program ilmu dilaksanakan dan menjadi tumpuan semua umat Islam terutama di kawasan sekitar sekali gus dilihat ianya berfungsi sebagai salah satu pusat penyatuan ummah.
|
asjid Maqbul dinaiktaraf selepas terbabit dalam projek pembangunan jambatan Sungai Pinang dan adalah salah satu masjid tertua di negeri Pulau Pinang |
|
IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut |
Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan