Orang ramai berpeluang melihat dengan lebih dekat pelbagai kemudahan yang disediakan merangkumi bidang penyelidikan, kegiatan berkaitan falak dan sains astronomi.
IKLAN - ISILA Terbaik Buat Lutut Ibu Anda |
Menurut Ketua Bahagian Falak, Jabatan Mufti Pulau Pinang, Mohd Jais Anuar Ahmad, Pusat Falak Sheikh Tahir dibuka pada 9 Oktober 1991 bertujuan memenuhi keperluan saintifik dalam bidang kritikal seperti kalendar islam, ketepatan waktu solat dan kenampakan anak bulan.
Beliau berkata, pihaknya juga memberikan pendedahan mengenai fungsi Jabatan Mufti Pulau Pinang yang menjalankan penentuan dan pengesahan arah kiblat, mengadakan bengkel falak syarie, menerbitkan buletin, bahan ilmiah, takwim Islam.
Bangunan Pusat Falak Sheikh Tahir dibuka secara rasmi pada 9 Oktober 1991 dan memorandum persefahaman antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) ditandatangani pada 21 Oktober 1992 yang akan ditakbir selama tempoh 30 tahun.
Selaras dengan persetujuan yang dicapai, satu lembaga penasihat ditubuhkan bagi merancang dan mengawasi pembangunan dan perkembangan masa depan Pusat Falak untuk mengembangkannya sebagai pusat antarabangsa yang cemerlang pada masa akan datang.
IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut |
Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan