Selasa, 15 November 2016

PANTAI TANJUNG ASAM DI GERTAK SANGGUL KINI SEMAKIN POPULAR DI KALANGAN PENGUNJUNG

Keindahan Pantai Tanjung Asam di Gertak Sanggul, dekat Balik Pulau, mampu memukau pengunjung untuk berkelah dan beriadah di situ

Balik Pulau: Pulau Pinang sememangnya dikelilingi dengan pantai yang bersih dan indah dengan panorama yang memukau sesiapa sahaja sekali gus mampu mengundang ketenangan di kalangan pengunjungnya yang mahu lari sejenak dari kesibukan kota. 

Pantai Tanjung Asam yang terletak di daerah Barat Daya berhampiran Gertak Sanggul, di sini, adalah salah satu objek keindahan alam yang masih belum tercemar dengan pantai memutih serta lekukan tanjong kini menjadi destinasi perkelahan wajib di kalangan pengunjung.






IKLAN - ISILA Terbaik Buat Lutut Ibu Anda





Berada di kawasan perkelahan itu, pengunjung berpeluang menikmati panorama laut yang indah dengan hamparan pasir pantainya yang luas dan bersih menjadikan kawasan itu sebagai lokasi perkelahan popular dengan aktiviti riadah bersama keluarga.

Air laut di pantainya sangat jernih dan bersih sehingga sehingga menarik pengunjung untuk berenang dan mandi-manda selain tumpuan `kaki pancing' selain kegiatan sukan air yang disediakan peniaga di situ.


Pengunjung berpeluang beriadah termasuk aktiviti sukan air di pantai Tanjung Asam

Antara kemudahan yang disediakan di lokasi perkelahan itu termasuk beberapa wakaf dan kedai makanan dan minuman, tempat mandi dan kemudahan tandas untuk pengunjung.

Pengusaha restoran Tripple S Cafe, Mohd Shah Reza Che Omar, 28, berkata bagi menarik lebih ramai pengunjung, dia menyediakan jualan makanan yang popular seperti mi udang, char koey teow istimewa serendah RM5 sepinggan, manakala mi ketam pula berharga RM10 sepinggan.


Semakin ramai pengunjung memilih untuk datang untuk berkelah sambil beriadah di pantai Tanjung Asam

"Selain itu, kita juga menjual laksa dengan harga RM1 sepinggan serta ais batu campur RM3 dan mendapat sambutan di luar dugaan daripada pengunjung yang singgah untuk berehat di tepi pantai ini," katanya ketika ditemui, di sini.

Beliau berkata, selain itu, dia juga menyediakan perkhidmatan sewaan kenu dengan harga RM10 untuk tempoh sejam, khemah yang boleh memuatkan empat orang berharga RM25 sehari.


Peniaga, Shara Effa Che Omar, 33 menunjukkan mi udang istimewa dengan harga serendah RM5 sepinggan di pantai Tanjung Asam

Katanya, pengunjung juga boleh memilih pakej disediakan yang lengkap dengan makan pagi dan malam selain hidangan BBQ istimewa dengan harga RM200 untuk empat orang dan bagi kaki pancing, mereka boleh menyewa bot ke Pulau Kendi untuk lima orang pada harga RM400.

"Bagi kemudahan pengunjung, kami juga menyediakan kemudahan bilik mandi yang dilengkapi dengan syampu dan sabun dengan harga RM1 seorang dan tandas pula 50 sen," katanya.


Mi udang istimewa dengan harga serendah RM5 sepinggan di pantai Tanjung Asam

Pengunjung dari Jitra, Kedah yang dikenali Sharifah Faiza, 35, berkata kawasan seharusnya diberikan wajah baru dengan menjadikannya sebagai destinasi eko-pelancongan pilihan selain kawasan Batu Feringgi yang sudah dikenali di kalangan pelancong tempatan dan luar negara.

"Beberapa kemudahan asas lain seperti tong sampah sebagai nilai tambah termasuk kawasan untuk berkhemah yang dikelilingi panorama indah," katanya.

Beliau ditemani keluarganya tidak menyangka kawasan Gertak Sanggul mempunyai lokasi perkelahan yang sangat cantik dan seharusnya dipromosikan kepada orang ramai.

Katanya, mungkin ramai yang masih tidak mengetahui dan hebahan mengenai keindahan lokasi perkelahan itu seharusnya diketengahkan kepada pengunjung termasuk negeri berhampiran di Wilayah Utara.





IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut





Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama

1 ulasan:

  1. Casinos in and around the country where you can play casino games
    With 썬 시티 more bet365 than 200 casinos in the Philippines, you advanceplasmatechnology.com can play at a casino in Belo Horizont, located in the 바카라사이트추천 heart of the famous w88 com login

    BalasPadam