Isnin, 21 November 2016

MAKAM ULAMA TERKEMUKA PULAU PINANG DALAM KEADAAN DAIF DAN ROSAK

Bahagian kecubung setinggi 20 meter di Makam Sheikh Omar Basheer di Kampung Melayu, Air Itam, Georgetown, kini ditumbuhi dengan pokok menjalar dan cat di dinding bangunan konkrit itu mulai pudar kesan cahaya matahari

GEORGETOWN: Makam Sheikh Omar Basheer, salah seorang ulama terkemuka di negeri ini kini didapati berada dalam keadaan daif dan mula mengalami kerosakan di bahagian bangunannya.

Lokasinya makam itu yang  terletak di Jalan Kampung Melayu, Air Hitam, di sini, adalah yang terbesar dan terindah di bahagian pulau negeri ini memerlukan kerja-kerja menaiktaraf bagi mengekalkan keasliannya.






IKLAN - ISILA Terbaik Buat Lutut Ibu Anda





Makam itu mempunyai kecubung menara setinggi 20 meter kini ditumbuhi dengan pokok menjalar dan cat di dinding bangunan konkrit itu mulai pudar kesan cahaya matahari.

Tinjauan Metroplus mendapati papan tanda yang menjadi panduan serta maklumat kepada pengunjung yang dipasang pada Kempen Melawat Pulau Pinang pada 1988 turut mengalami kerosakan.


Papan tanda yang menjadi panduan serta maklumat kepada pengunjung yang dipasang pada Kempen Melawat Pulau Pinang pada 1988 turut mengalami kerosakan

Cicit Allahyarham Sheikh Omar, Sheikh Zacharia Fadzil, 85, berkata pihaknya merayu supaya pihak berkuasa terbabit khususnya Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) lebih peka dan menjalankan kerja-kerja pembaikan makam berkenaan.

"Kali terakhir bangunan makam ini dicat kira-kira 10 tahun lalu dan kini ianya semakin mengalami kerosakan kesan perubahan cuaca," katanya ketika ditemui, di sini.


Cat di dinding bangunan konkrit di Makam Sheikh Omar Basheer di Kampung Melayu mulai pudar kesan cahaya matahari

Beliau berkata, pihaknya juga berharap ada pihak khususnya ahli perniagaan atau korporat bagi membantu memulihkan bangunan makam berkenaan.

Katanya, pembinaan makam itu masih mengekalkan ciri dan rekaan Islam yang dikemaskan dengan jubin di separuh dindingnya, manakala lantai pula dihiasi batu marmar serta dikatakan dibina oleh pakar dari India.

Sheikh Omar adalah antara beberapa ulama di Pulau Pinang dan pernah menjadi pemimpin masyarakat Melayu ketika itu serta menjadi guru agama selepas Tanah Melayu dijajah Inggeris.

Sheikh Zacharia berkata, moyangnya adalah guru agama yang terkenal pada abad ke-19 dan meninggal dunia pada 1881.

Katanya, pembinaan makam itu adalah sebagai memperingati perjuangannya dalam menyebarkan agama Islam khususnya di utara tanah air.

"Makam ini turut dikunjungi rombongan dari Lubnan selain daripada pengunjung dari seluruh negara sambil mengadakan majlis tahlil dan doa selamat untuk aruah," katanya.

Mengimbau sejarah perjuangan Sheikh Omar sepanjang hayatnya, Sheikh Zacharia, berkata moyangnya tinggal di sebuah rumah yang dibina pada 1840 oleh Setiausaha Francis Light, Nathaniel Bacon yang mewasiatkan rumah dan tanah kepada sahabatnya, Syed Hassan Baharom. Syed Hassan adalah pengikut Sheikh Omar yang setia.

Allahyarham Sheikh Omar memperkenalkan bentuk ajaran sufi dan menyebarkan `tafakur' di Masjid Suluk dan mengikut catatan Muzium Pulau Pinang, selepas rusuhan di negeri ini pada 1867, ketua kaum keluarga Melayu diarah bersumpah kepada Sheikh Omar bahawa mereka tidak akan menganggotai mana-mana pertubuhan `Bendera Merah' yang dikenali sebagai `Orang Che Long' manakala `Bendera Putih' menggunakan `Orang Tuan Che'.

Pertubuhan itu dikatakan mempunyai pertalian dengan dua kumpulan Cina, iaitu Ghee Hin dan Tua Peh Kong yang bertelingkah pada 1867.

Sejarah perjuangan Allahyarham Sheikh Omar setidak-tidaknya dapat membantu pengkaji sejarah Islam meneliti sumbangannya.





IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut





Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan