|
Mohd Taufik Seemi Mohd, 30 menunjukkan ais sarbat hasil gabungan ramuan air kelapa muda, air gula dan ais batu yang dikisar selain herba wangi bagi menambah kelazatannya di Lebuh Tamil, Jalan Penang, Georgetown |
Georgetown: Ais sarbat kini semakin menjadi pilihan bukan sahaja di kalangan penduduk negeri ini malah pelancong tempatan dan luar negara turut mengemarinya bagi menghilangkan dahaga ketika cuaca panas terik.
Ini kerana rasanya yang berbeza berbanding ais sirap lain kerana mempunyai pelbagai gabungan ramuan berperisa seperti air kelapa muda, air gula dan ais batu yang dikisar selain semburan herba wangi dari akar sarbat bagi menambah kelazatannya.