Isnin, 10 Oktober 2016

LAMAN MEMPELAI TUMPUAN RAMAI SELAIN PASANGAN RAJA SEHARI RAKAMKAN KENANGAN POTRET

Pengunjung mengambil peluang merakamkan gambar di Laman Mempelai di Taman Perbandaran Pulau Pinang di Persiaran Kuari, Georgetown
Georgetown: Laman Mempelai yang dibangunkan di Taman Perbandaran Pulau Pinang di Persiaran Kuari, di sini, bukan sahaja memanfaatkan pasangan Raja Sehari untuk mengabdikan kenangan tetapi kini pengunjung lain turut berpeluang menggunakan kemudahan yang disediakan itu.






IKLAN - ISILA terbaik buat lutut ibu anda





Ini kerana taman yang terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar itu bukan sahaja menjadi lokasi paling tepat kepada pengunjung untuk beriadah sambil bersantai bersama keluarga, malah ianya turut menjadi pilihan pencinta alam.

Taman Perbandaran menawarkan sudut `Laman Mempelai' membolehkan pasangan yang baru mendirikan rumahtangga merakamkan potret berlatar belakangkan dengan menyingkap khazanah flora dan fauna.

Ia menawarkan persekitaran taman cukup mempersonakan dengan kehijauan pelbagai jenis tumbuhan, malah ditambah dengan bunyian unggas yang memecah kesunyian penuh ketenangan.

Kemudahan laman oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) itu turut mencuri tumpuan awam apabila pasangan Raja Sehari berpeluang merakamkan potret hari bahagia mereka secara percuma.



Taman Perbandaran Pulau Pinang menawarkan sudut `Laman Mempelai' membolehkan pasangan yang baru mendirikan rumahtangga merakamkan potret berlatar belakangkan dengan menyingkap khazanah flora dan fauna



Pokok-pokok renek yang terdapat di Laman Mempelai ini ialah pokok bunga melur, daun padan (pandanus amaryllifolius), daun kaduk (piper sarmentosum), Orange Jasmine (muraya paniculata), Lobster-Claw (heliconia), Frangipani (plumeria), buluh kuning, bunga kantan (Torch Ginger/ etlingera eliator) dan pasu-pasu hiasan yang berkonsepkan kontemporari.

Terdapat sebuah jambatan yang melintasi kolam ikan dan limpahan air terjun dan laman Mempelai dihiasi sebuah pelamin atau ‘backdrop’ pengantin yang merupakan skuptur daun keladi sebaring atau giant alocasia (alocasia macrorrhiza).

Jurucakap Jabatan Rekreasi, Pelancongan dan Perhubungan Antarabangsa berkata, sebuah pelamin berkonsepkan rekacipta terbaik memaparkan daun keladi dengan bumbung menjadikannya kelihatan begitu menarik. 

"Selain itu, sebuah jambatan merentangi kolam ikan dan air terjun adalah elemen penting dalam mengekalkan sistem ekologi, flora dan fauna, malah laman Mempelai ini turut menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan asing yang melawat ke taman berkenaan setiap hari," katanya.



Sebuah jambatan merentangi kolam ikan dan air terjun adalah elemen penting dalam mengekalkan sistem ekologi, flora dan fauna, malah turut mencuri tumpuan pengunjung tempatan dan asing yang melawat ke Taman Perbandaran Pulau Pinang



Selain laman mempelai, beliau berkata, taman itu turut menawarkan lorong pejalan kaki `Reflexologi', dewan terbuka, padang permainan kanak-kanak, kolam renang, lapang memanah, gelanggang papan selaju, dewan tertutup dan trek basikal bukit.

Katanya, hasil usaha yang dijalankan MPPP membolehkan taman itu meraih Anugerah Taman Perbandaran pada hari Landskap Negara pada 2012.

Sebahagian besar taman sudah dibangunkan daripada keseluruhan 66.4 hektar dan ianya adalah satu-satunya taman di dalam bandar yang masih mengekalkan persekitaran berbukit dan hutan.

Beliau berkata, pembinaan pelbagai kemudahan itu membolehkan setiap pengunjung menikmati keajaiban hutan hujan tropika yang tiada tandingannya.

"Justeru, MPPP berhasrat untuk menjadikan Taman Perbandaran terbabit setanding dengan taman awam yang terdapat di Melbourne, Australia yang dilengkapi kemudahan sukan dan rekreasi," katanya.

Seorang pengunjung, Maznah Ahmad, 45, berkata dia sering berkunjung ke taman itu pada hujung minggu bukan sahaja untuk beriadah dan bersukan, malah dapat menenangkan fikiran selepas penat bekerja seminggu.

"Laman mempelai ini amat unik dan cantik disamping jambatan yang dihiasi dengan pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan flora dan fauna saya gunakan untuk merakamkan potret bersama keluarga," katanya.





IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut





Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan