Sebahagian batu kristal tempatan dan luar negara yang dijual di kedai cenderamata Muzium Kristal |
IKLAN - ISILA Terbaik Buat Lutut Ibu Anda |
Ini kerana secara kebiasaannya bagi peminat dan pengumpul produk kristal bermutu tinggi sudah pasti sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar untuk memilikinya, namun bagi mereka yang kurang berkemampuan melihat keindahan sudah pasti mampu memuaskan hati.
Muzium Kristal Calcite mampunyai daya tarikan tersendiri dibuka pada 30 April lalu dengan kos kira-kira RM1 juta terletak di Lorong Baru sekitar pusat bandaraya menghimpunkan lebih 1,000 jenis kristal semula jadi pelbagai bentuk sekali gus diiktiraf oleh `Malaysia Book of Records' sebagai muzium terbesar di negara ini.
Pengasas Muzium Kristal Pulau Pinang, S H Ong melihat batu kristal bersaiz besar yang dipamerkan kepada pengunjung |
"Muzium kristal asli pelbagai bentuk yang dipamerkan seperti keris, kepala buaya, ular sawa, unta dan pelbagai lagi bentuk unik ini berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu pusat tarikan pelancongan terkini kerana ia merupakan yang terbesar di negara ini," katanya ketika ditemui, di sini.
Pengunjung berpeluang melihat pelbagai bentuk dan saiz batu kristal yang dipamerkan |
Menurut kepercayaan pengumpul dan pembeli, kristal calcite berupaya menenangkan fikiran, meningkatkan tenaga positif, memberikan kekayaan dan memberikan tumpuan serta fokus.
Pelbagai bentuk dan saiz batu kristal yang dipamerkan di Muzium Kristal |
"Sukar untuk ditafsirkan harga kristal dipamerkan termasuk yang diperolehi dari dalam gua Gunung Keriang, Kedah kerana nilainya tidak terhingga," katanya.
Beliau berkata, banyak batu kristal yang bernilai tinggi ada di dalam gua-gua kecil di Gunung Keriang dan keindahan khazanah batu kristal berwarna-warni itu kini dapat dikongsi bersama pengunjung ke muzium itu.
Batu kristal berbentuk unta |
Katanya, pengunjung yang memasuki tingkat atas bangunan muzium itu membolehkan mereka merasai suasana damai dan tenang selepas melihat pelbagai bentuk kristal yang dipamerkan.
Selain melihat pameran, pengunjung turut berpeluang memiliki produk kristal daripada harga serendah RM39 hingga ribuan ringgit yang dijual di ruang cenderahati.
Batu kristal berbentuk kepala buaya |
"Kita menjual pelbagai produk kristal tempatan dan luar negara seperti gelang, cincin, pokok hiasan dan pelbagai lagi reka bentuk untuk dijadikan hadiah serta cenderamata," katanya.
Katanya, sehingga kini, jualan produk kristal keluaran muzium itu amat menggalakkan sekali gus akan menggunakan pelbagai medium dan rangkaian perniagaan untuk mempromosikannya.
Batu kristal berbentuk singa laut |
Beliau berkata, pihaknya juga bersedia untuk menjual produk kristal yang dipamerkan sekiranya bersesuaian dengan harga yang ditawarkan oleh pengumpul atau mereka yang berminat memilikinya.
Muzium Kristal terbesar itu dibuka setiap hari mulai jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang dan tiket yang dikenakan terhadap pengunjung iaitu RM20 warganegara dewasa dan RM30 untuk pelancong asing, manakala warga emas hanya RM15 dan pelajar RM10.
Batu kristal berbentuk keris |
Salah seorang kakitangan Muzim Kristal Pulau Pinang sedang meneliti batu kristal besar yang dipamerkan |
Sebahagian batu kristal bersaiz besar yang dipamerkan di Muzium Kristal |
Sebahagian batu kristal tempatan dan luar negara yang dijual di kedai cenderamata Muzium Kristal |
IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut |
Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan