Rabu, 12 Oktober 2016

LELAKI BUKA PERNIAGAAN PEMBUATAN CINCIN DAN BATU PERMATA BUMIPUTERA DI BALIK PULAU

Peniaga cincin dan batu permata, Shuhaimi Abdul Hamid menunjukkan sebahagian cincin yang ditempah pelanggan di Kompleks Balik Pulau

Balik Pulau: Cincin batu permata bukan saja menjadi perhiasan diri bagi wanita, malah ianya juga diminati lelaki kerana dilihat mempunyai kelebihan tertentu yang mampu mempengaruhi personaliti si pemakainya.

Menyedari hakikat itu, Shuhaimi Abdul Hamid, 57 terus optimis untuk meneruskan perniagaan yang diminatinya sejak berumur 19 tahun dengan membuat, menjual dan membaiki cincin permata.







IKLAN - ISILA terbaik buat lutut ibu anda





"Saya memulakan karier sebagai pelatih di sebuah syarikat membuat batu permata dari Jerman pada 1979 selama tiga sebelum meneruskan kerjaya di syarikat sama selama tiga tahun berikutnya.

"Saya mempelajari mengenai selok-belok pembuatan cincin dan batu permata sehingga berjaya menjawat jawatan tertinggi sebagai Pengurus Teknikal sebelum berpindah ke sebuah syarikat penjualan batu permata terkenal, Habib Jewel pada 2008," katanya ketika ditemui di Kompleks Balik Pulau, di sini.




Peniaga cincin dan batu permata, Shuhaimi Abdul Hamid tekun menyiapkan cincin yang ditempah pelanggan di Kompleks Balik Pulau



Beliau berkata, dia akhirnya bertekad membuka sebuah kedai dengan modal RM10,000 untuk membuat cincin dan menjual batu permata kerana tidak ramai golongan Bumiputera terbabit dalam perniagaan itu yang sering dikuasai kaum lain.

Sepanjang 15 tahun terbabit dalam perniagaan itu, ayah kepada empat cahaya mata itu mendapati batu permata yang sering laris dipasaran adalah zamrud, arked, serai, teras kayu dan delima.




Sebahagian cincin yang ditempah pelanggan



Katanya, dia belajar membuat karipap daripada ibunya yang menunjuk cara membuat karipap pusing dan secara beransur-ansur, akhirnya kemahiran dapat dikuasai sepenuhnya.

"Saya terpaksa mengelim karipap menggunakan alat khas bagi menjimatkan masa dan sehingga kini alhamdulillah belum ada pelanggan yang datang mengadu mengenai karipap yang saja jual," katanya.

Selain jualan secara terus, Norfadilah juga menerima tempahan untuk majlis kenduri atau keraian membabitkan kuantiti yang banyak bermula 500 hingga 2,000 biji karipap mengikut majlis yang dianjurkan.






IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut





Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan