Isnin, 17 Oktober 2016

CHALET SERI IDAMAN TELUK TEMPOYAK SAJIKAN BILIK DAN BALKONI UNTUK MEMANCING DARI DALAM BILIK

Chalet Seri Idaman Teluk Tempoyak, Batu Maung, dekat Georgetown, menawarkan pakej untuk golongan pemancing dan pengunjung

Bayan Lepas: Keindahan persekitaran yang dikelilingi dengan kampung nelayan menjadi tarikan utama pelancong tempatan dan asing yang mengunjungi negeri ini sekali gus menginap di Chalet Seri Idaman.

Chalet Seri Idaman terletak di Teluk Tempoyak, di sini, yang semakin dikenali di kalangan pelawat dibuka pada Mei 1997 menyajikan desiran bayu laut yang nyaman dan tenang sambil bersantai di balkoni bilik bersama keluarga.






IKLAN - ISILA terbaik buat lutut ibu anda





Dikendalikan Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang Selatan (PNKPPS), pembukaan Seri Idaman menjadi tumpuan ramai apatah lagi lokasinya terletak di beberapa kawasan produk pelancongan termasuk Muzium Perang dan Akuarium Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) di Batu Maung, dekat sini.

Chalet yang dibina sebahagiannya di tanah dan separuh terapung atas air dengan kos RM350,000 pada 1994 dan terus menjalani proses transformasi termasuk terkini pembinaan tambahan lapan unit chalet lagi yang dibiayai Kementerian Pelancongan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan kos RM400,000.




Bilik yang selesa dengan ruangan balkoni di setiap bilik membolehkan penginap memancing di ruang bilik di  Chalet Seri Idaman Teluk Tempoyak



Antara kemudahan bilik direka khas bagi membolehkan tetamu menikmati lautan biru dan kehijauan bukit di pesisiran pantai termasuk 
Idaman Family berharga (RM249.10 semalam), Idaman Super (RM132.50), Idaman (RM153.70) dan Idaman Deluxe (RM164.30).

Seri Idaman bukan sahaja tempat penginapan, malah ia juga sesuai untuk dijadikan destinasi berkursus, seminar, mesyuarat dan percutian keluarga.

Pengurus Operasinya, Khairul Anuar Man, berkata orang ramai tidak perlu bimbang soal makanan kerana chalet itu menyediakan sebuah restoran makanan laut untuk sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam, barbeku dan makanan laut oleh restoran.




Bilik yang selesa dengan ruangan balkoni di setiap bilik membolehkan penginap memancing di ruang bilik di  Chalet Seri Idaman Teluk Tempoyak



"Malah, harga ditawarkan adalah berpatutan mengikut menu pilihan pengunjung yang enak," katanya ketika ditemui, di sini.

Beliau berkata, bagi yang berminat dengan hidangan barbeku dan makanan laut turut disediakan seperti ikan kerapu, udang, bawal, sayur campur dan pelbagai hidangan sampingan lain.

Katanya, Seri Idaman juga adalah destinasi percutian menyeronokkan kepada pengunjung yang gemar dengan riadah sama ada memancing di sekitar chalet dan pulau berhampirannya atau berkayak.

"Bagi yang mencari aktiviti lebih mencabar mereka boleh berbuat demikian selain melihat kesan sejarah Perang Dunia Kedua," katanya.






IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut





Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama

2 ulasan:

  1. salam
    31 oktober 1 dan 2 nov ada kosong x

    BalasPadam
  2. Jika family 4 dewasa 1 knk²..chalet ap yg sesuai..dn hrga 1 mlm berapa?
    Adakh laluan masuk ke bilik chalet mesra OKU?

    BalasPadam