Khamis, 6 Oktober 2016

COUNTRY STABLE SEDIAKAN PELBAGAI PAKEJ TARIK PENGUNJUNG MINAT MENUNGGANG KUDA DI BALIK PULAU

Pengunjung berpeluang melihat sambil bergambar bersama kuda peliharaan di Countryside Stable di Sungai Burung, Balik Pulau, dekat Georgetown

Balik Pulau: Hobi menternak kuda dan melakukan aktiviti yang bersabit dengannya bukan sahaja memberikan banyak manfaatnya kepada diri sendiri, namun selebihnya juga dapat dimanfaatkan oleh orang lain dalam konteks pelbagai sudut. 








IKLAN - ISILA Terbaik Buat Lutut Ibu Anda






Seorang pemilik dan pengusaha kuda Countryside Stables Pulau Pinang, Wan Aikhsan Wan Jamil, 56 memulakan ternakan kuda sejak 1995 bersama isterinya, Amirah Lim Abdullah, 48 pada awalnya membeli seekor kuda dikenali `Mas Kuning' dari Thailand dengan harga RM20,000.

Selepas 21 tahun berlaku, Wan Aikhsan kini sudah memiliki kira-kira 30 ekor kuda pelbagai baka termasuk kuda padi yang sudah mencecah jutaan ringgit bersama dengan projek pembangunan kandang di kawasan itu pada Oktober 2012.




Pengunjung khususnya kanak-kanak berpeluang menunggang kuda pada kadar harga berpatutan



Countryside Stables Pulau Pinang yang dikelilingi pemandangan perkampungan indah kini menjadi tumpuan orang ramai khususnya peminat kuda yang dibuka setiap hari.

Pelbagai pakej menunggang kuda dengan kadar harga berpatutan disediakan bukan sahaja untuk individu tetapi juga keluarga serta kumpulan tertentu yang mengunjungi kawasan kandang itu.




Kanak-kanak berpeluang memberi makanan kepada  kuda



Pengunjung yang datang khususnya mereka yang mahu menunggang kuda akan diberikan latihan terlebih dahulu sebelum dibenarkan melakukan acara berikutnya termasuk menjelajah kawasan sekitar perkampungan di Balik Pulau, dekat Georgetown.

Setiap penunggang baru akan merasai pengalaman seperti mudah terjatuh kerana belum biasa duduk di atas belakang kuda, malah sesetengah kuda terutamanya yang baru diajar, pasti akan terkejut kerana merasai sesuatu yang belum pernah dialami oleh kuda tersebut.




Kanak-kanak berpeluang memberi makanan kepada  kuda



Kuda mempunyai keistimewaan dan golongan muda seharusnya berjinak-jinak dengan aktiviti berkuda kerana selain memperolehi pengalaman baru termasuk mengetahui mengenai dunia haiwan dan dapat menyemai sifat sayangkan haiwan sebagai rakan akrab yang saling memerlukan.




Pengunjung berpeluang melihat sambil bergambar bersama kuda peliharaan






IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut





Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan