|
Kolam renang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung ke Taman Rimba |
Teluk Bahang: Lebih sepuluh tahun lalu pekan Teluk Bahang, dekat sini, yang terletak berhampiran pusat peranginan terkenal di negeri ini khususnya Batu Feringgi, amat popular di kalangan pelancong tempatan dan asing.
Ini kerana pelancong yang tiba di negeri ini, sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menjengok pekan Teluk Bahang kerana mempunyai pelbagai lokasi pelancongan seperti Hutan Lipur, Taman Rama-Rama, Escape, Empangan Teluk Bahang, Taman Negara Pulau Pinang yang menjadi terus menjadi tarikan utama pengunjung.
|
IKLAN - ISILA terbaik buat lutut ibu anda |
Salah satu lokasi wajib yang harus dilawati adalah Taman Rimba Teluk Bahang, dekat sini, yang dibangunkan bagi menampung keperluan rekreasi dan salah satu destinasi pelancongan popular di negeri ini.
Taman seluas 32 hektar selepas dibuka pada 1974 itu dan terletak kira-kira 22 kilometer (km) dari pusat bandar menjadi kunjungan orang ramai sama ada dari dalam atau luar negara.
|
Tapak perkhemahan turut disediakan kepada pelajar tempatan dan luar negara untuk menjalankan aktiviti di Taman Rimba |
Pengunjung termasuk rombongan sekolah dan pelancong asing yang ingin merehatkan minda tidak haru melepaskan peluang untuk berkunjung ke taman yang merupakan jenis hutan dipterokarpa pamah.
Pelbagai kemudahan yang disediakan seperti pejabat, taman permainan kanak-kanak, tapak perkhemahan, asrama, jambatan gantung, surau, Muzium Perhutanan, laluan trek, taman rimba dan pondok rehat selain kolam yang menempatkan pelbagai koleksi ikan air tawar, itik dan kura-kura.
|
Taman herba menyediakan pelbagai spesis tumbuhan di Taman Rimba |
Walaupun taman itu pernah ditutup sepenuhnya pada 11 Mei 2011 selepas kawasan tumpuan terbabit merangkumi kolam mandi di kawasan itu disyaki mengalami pencemaran virus `leptopirosis' atau dikenali sebagai kencing tikus.
Namun selepas dibuka semula, jumlah pengunjung semakin meningkat apabila pihak pengurusan merancangkan pelbagai kemudahan bagi menarik pelawat ke situ.
|
Jambatan gantung turut disediakan kepada pelawat untuk mencubanya merentasi sungai di Taman Rimba |
Salah satu kemudahan yang disediakan termasuklah Muzium Perhutanan Pulau Pinang yang terletak di kawasan Taman Rimba Rekreasi yang khusus mempamerkan pelbagai jenis artifak berasaskan perhutanan. Ianya dibuka kepada orang awam pada 5 Mei 1983 dan kerja-kerja menaiktaraf bangunan Muzium itu dilaksanakan pada 2008.
Ruangan bangunan seluas 700 meter persegi dibahagikan kepada tujuh ruang pameran merangkumi sejarah dan profil hutan, peralatan, perhutanan di Pulau Pinang, hasil kayu, fauna di hutan, sumber makanan di hutan serta ruangan pameran khas.
|
Pengunjung berpeluang melihat pelbagai peralatan yang digunakan oleh pegawai Jabatan Perhutanan Pulau Pinang di Muzium Perhutanan Pulau Pinang |
Antara fungsi utama muzium itu adalah untuk memberi pendidikan kepada pelawat mengenai aspek perhutanan serta sumbangan yang diberikan oleh sektor perhutanan kepada pembangunan selain menjadi tempat rujukan, penyelidikan serta asas pelajaran bagi tujuan saintifik, sejarah ataupun seni.
Sepanjang tempoh sebulan, ianya mampu menarik lebih 11,000 pelawat dan jumlah itu terus meningkat kepada 17,000 pada musim cuti penggal persekolahan dengan bayaran masuk serendah RM1 seorang.
|
Antara sumber pokok berharga seperti tongkat ali dapat disaksikan di Muzium Perhutanan Pulau Pinang |
Pengunjung dari Pendang, Kedah, Ahmad Fuad Mohd Noor, 45, berkata dia berpuas hati dengan pelbagai kemudahan yang sudah dinaiktaraf pihak pengurusan untuk keselesaan pengunjung.
"Berbanding sebelum ini, kemudahan yang disediakan sudah diperbaiki selain kunjungan ke Muzium Perhutanan amat berguna bagi menambah pengetahuan mengenai subjek berkaitan hutan di negeri ini," katanya.
|
Pengunjung berpeuang melihat pelbagai peralatan yang digunakan oleh pegawai Jabatan Perhutanan Pulau Pinang di Muzium Perhutanan Pulau Pinang |
|
IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut |
Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan