Ahad, 9 Oktober 2016

AIS SARBAT DI GERAI AIS TINGKAP YANG UNIK TERUS JADI PILIHAN PELANGGAN DALAM DAN LUAR NEGARA

Mohd Taufik Seemi Mohd, 30 menunjukkan ais sarbat  hasil gabungan ramuan air kelapa muda, air gula dan ais batu yang dikisar selain herba wangi bagi menambah kelazatannya di Lebuh Tamil, Jalan Penang, Georgetown

Georgetown: Ais sarbat kini semakin menjadi pilihan bukan sahaja di kalangan penduduk negeri ini malah pelancong tempatan dan luar negara turut mengemarinya bagi menghilangkan dahaga ketika cuaca panas terik.

Ini kerana rasanya yang berbeza berbanding ais sirap lain kerana mempunyai pelbagai gabungan ramuan berperisa seperti air kelapa muda, air gula dan ais batu yang dikisar selain semburan herba wangi dari akar sarbat bagi menambah kelazatannya.





IKLAN - ISILA terbaik buat lutut ibu anda





Campuran lain yang turut dimasukkan ke dalam segelas ais sarbat termasuk biji selasih, kembang semangkuk dan getah anggur yang dikatakan terbukti mampu menyejukkan suhu di dalam badan.

Pengusahanya, Abdul Aziz Seemi Mohd, 53, berkata perniagaan pada asalnya dimulakan oleh aruah ayahnya, Seemi Mohd Abdul Majid, 75 yang meninggal dunia pada 2011 dan kemudiannya disambung sehingga sekarang.



Pelanggan sedang menikmati kelazatan ais sarbat hasil gabungan ramuan air kelapa muda, air gula dan ais batu yang dikisar selain herba wangi bagi menambah kelazatannya



"Perniagaan ais sarbat yang beroperasi di Lebuh Tamil bersebelahan dengan Pasar Chowrasta, Jalan Penang, di sini, sudah bermula sejak lebih 90 tahun lalu dan terus menjadi pilihan pelanggan yang singgah sebentar bagi menghilangkan penat selepas membeli-belah sambil menikmati minuman berkhasiat ini," katanya ketika ditemui, di sini.

Beliau berkata, cuaca panas turut melimpahkan rezeki apabila ais sarbat terus menjadi tumpuan pelanggan sehingga mampu mencecah lebih 200 gelas  sehari berbanding 100 gelas sebelum ini.



Mohd Taufik Seemi Mohd, 30 sedang sibuk membungkus minuman ais sarbat pesanan pelanggan



Katanya, ais sarbat yang siap dimasukkan ke dalam gelas dengan pelbagai ramuan sebelum ais dikisar lalu ditambah dengan air gula serta kepala muda sebelum disembur dengan herba wangi.

"Kita akan terus mengekalkan minuman ais sarbat yang mampu dijadikan sebagai salah satu ikon dengan mempromosikannya di kalangan pelawat dan pelancong asing yang melawat negeri ini," katanya.



Gerai ais tingkap terus menjadi pilihan pelanggan yang singgah sambil menikmati kelazatan ais sarbat



Malah, beliau berkata, perniagaan ais sarbat itu adalah satu-satunya gerai yang mengekalkan keaslian pembuatannya di Pulau Pinang dan menjadi pilihan penghilang dahaga ketika cuaca panas.

Katanya, permintaan ais sarbat tidak hanya tertumpu ketika cuaca panas, malah turut diminta pelanggan ketika hujan atau cuaca mendung kerana keenakkannya.



Gerai ais tingkap terus menjadi pilihan pelanggan yang singgah sambil menikmati kelazatan ais sarbat



"Ramai di kalangan pelanggan yang bertanya mengapa gerai ini dikenali sebagai Ais Tingkap kerana ianya diniagakan seolah-olah berada di dalam rumah dan menjualnya dari tingkap," katanya.

Beliau berkata, harga bagi segelas ais sarbat untuk minuman ialah RM2, manakala RM2.50 bagi minuman dibungkus.

Katanya, selain ais sarbat, gerainya turut menjual cendol kacang berharga RM2.50 semangkuk manakala tambaha 50 sen untuk minuman dibungkus, manakala harga minuman lain ialah laici (RM2.80) segelas, air kelapa (RM3), air kelapa laici (RM3.50) dan limau ais (RM1.30).

"Kita akan terus mengekalkan promosi ais tingkap yang amat unik dan kini semakin terkenal di kalangan pelanggan hasil campuran rasa yang sedap lagi segar," katanya.





IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut





Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan