Muzium Perang Maritim bernilai RM20 juta di Batu Maung, dekat Georgetown, akan menjadi tarikan terbaru pengunjung ke Pulau Pinang |
Ia bakal mempamerkan bahan peninggalan tentera British dan Jepun pada Perang Dunia Kedua yang menggunakan altileri ketenteraan laut.
IKLAN - ISILA terbaik buat lutut ibu anda |
"Namun demikian, kita menghadapi kekangan dana sekali gus memohon Kementerian Pelancongan memberikan pertimbangan sewajarnya untuk menyedikan peruntukan kira-kira RM20 juta kerana projek ini adalah salah satu produk terbaru yang diperkenalkan di Pulau Pinang," katanya.
Muzium Perang Maritim bernilai RM20 juta di Batu Maung, dekat Georgetown, akan menjadi tarikan terbaru pengunjung ke Pulau Pinang |
Pihak pengurusan juga bercadang untuk menyediakan laluan kenderaan ringan dikenali `buggy' di sekitar kawasan muzium perang terbabit, malah
laluan `buggy' yang pertama diperkenalkan bertujuan memberi kemudahan kepada pelawat khususnya Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas ketika mengunjungi muzium itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Muzium Perang Pulau Pinang, Johari Shafie |
Selain beberapa laluan terowong juga sedang dirancangkan dan mengambil masa antara enam bulan hingga setahun untuk disiapkan.
Ketika ini, pihak pengurusan Muzium Perang Pulau Pinang sudah membelanjakan kira-kira RM10 juta bagi menaiktaraf bangunan dan kemudahan infrastruktur serta kemudahan lain di muzium berkenaan.
Bangunan sedia ada di atas Bukit Punjab di kawasan Batu Maung, dekat sini, membabitkan kawasan seluas lebih 1.8 hektar meliputi kubu pertahanan British yang dibina pada awal 1930 dan siap sepenuhnya pada 1939.
Kubu terbabit antara lain berfungsi untuk mengawal keselamatan Pulau Pinang daripada serangan musuh dan ia dipamerkan kepada pengunjung dalam keadaan seperti lebih 70 tahun lalu.
Tinggalan sejarah itu perlu terus dipelihara bagi membolehkan generasi muda terus menikmatinya. Selain itu, pihak pengurusan juga sudah memperkenalkan lawatan ke Muzium Perang pada waktu malam bermula jam 6 petang hingga 12 malam bagi membolehkan pelawat merasai sendiri peristiwa ketika perang ditambah dengan kesan bunyi tembakan meriam dan senjata api.
Lebih 120,000 pelawat termasuk pengunjung tempatan dan luar negara melawat muzium itu dan tarikan terbaru, jumlah itu dijangka meningkat dua kali ganda.
IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut |
Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan