Sabtu, 8 Oktober 2016

LAKSA JANGGUS JADI PILIHAN RAMAI DI BALIK PULAU

Kakitangan Restoran Laksa Janggus sibuk menyediakan tempahan pelanggan di Kampung Perlis, Balik Pulau, dekat Georgetown

Balik Pulau: Pulau Pinang sememangnya cukup terkenal sebagai syurga makanan dan kebiasaannya jika ditanya apakah yang menjadi pilihan pelancong ke negeri ini sudah pasti ramai yang tidak mahu ketinggalan merasai keenakan nasi kandar dan laksa.





IKLAN - ISILA Terbaik buat lutut ibu anda





Bagi pengemar makanan laksa sudah pasti akan singgah untuk menikmati Restoran Laksa Janggus walaupun lokasinya terletak di daerah Barat Daya, Balik Pulau, dekat sini.



Buat pengetahuan ramai, laksa janggus adalah tarikan utama dan menjadi "port" laksa paling mantap di Pulau Pinang apatah lagi namanya diambil sempena pokok janggus besar yang terletak di tepi restoran itu.



Laksa Janggus menjadi tumpuan kemestian pelawat untuk menikmati keenakkannya



Restoran Laksa Janggus yang terletak di Kampung Perlis, sentiasa penuh dengan pelanggan yang mahu menikmati keaslian makanan itu, malah ia berkonsepkan layan diri apabila setiap pelanggan terpaksa berbaris untuk membuat tempahan makanan atau minuman. Selain laksa orang ramai juga berpeluang menikmati pisang goreng, mi dan koey teow kuah.

Pengusahanya, Fatimah Saad, 48, berkata dia memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bersama aruah Salbiah Darus yang menjual laksa dengan harga 30 sen semangkuk dan air minuman diberikan secara percuma sejak masih bersekolah di darjah lima.



Pelanggan terpaksa berbaris untuk mendapatkan laksa



"Syukur alhamdulillah, selepas 25 tahun menceburi perniagaan ini ia sudah menunjukkan perkembangan yang baik selepas terpaksa melalui pelbagai cabaran pada peringkat awalnya," katanya ketika ditemui, di sini.

Fatimah terpaksa bangun seawal jam enam pagi untuk memasak 50 kilogram (kg) ikan sardin, manakala laksa antara 50 kg hingga 100 kg sehari bagi memenuhi permintaan harian pelanggannya. Harga jualan laksa ditetapkan dari RM3.00 hingga RM3.50 bergantung kepada variasi pelbagai citarasa.




Kakitangan Restoran Laksa Janggus sibuk menyediakan tempahan pelanggan



Kakitangan Restoran Laksa Janggus sibuk menyediakan tempahan pelanggan






IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut






Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan