Jumaat, 7 Oktober 2016

KOLAM AIR TERJUN SUNGAI ARA JADI LOKASI TUMPUAN ORANG RAMAI PADA CUTI HUJUNG MINGGU

Air terjun Sungai Ara, Baya Lepas, dekat Georgetown, menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah pada cuti hujung minggu

Bayan Lepas: Keindahan dan keaslian alam semulajadi Air Terjun Sungai Ara, di sini, memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sahaja yang pernah mengunjungi air terjun di situ.

Air terjun yang terletak kira-kira 12 kilometer (km) dari pusat bandar dengan lokasi di tengah hutan itu pasti memukau sesiapa sahaja yang mengunjunginya.






IKLAN - ISILA Terbaik Buat Lutut Ibu Anda





Dengan kejernihan dan kesejukan air serta iringan bunyi cengkerik di hutan hujan tropika pasti memberikan satu kepuasan kepada pengunjung.


Lokasi tumpuan itu yang masih belum diketahui umum selain penduduk setempat terus menjadi tumpuan orang ramai yang ingin merehatkan minda selepas seminggu bekerja.




Air terjun Sungai Ara, Baya Lepas, dekat Georgetown, menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah pada cuti hujung minggu



Walaupun hanya terdapat sebuah kolam kecil dan air terjun ianya sudah cukup untuk menyejukkan badan terutama ketika negara sedang menghadapi kesan panas akibat El-Nino.

Bagi mereka yang ingin berkunjung ke lokasi itu perlu memasuki laluan bersimen sejauh kira-kira satu kilometer dari jalan utama dan ianya turut menjadi tumpuan penunggang basikal lasak.  Kolam air terjun itu terletak agak tersembunyi dari pandangan umum dan pengunjung perlu memasuki laluan kanan menuju ke lokasi berkenaan.




Air terjun Sungai Ara, Bayan Lepas, dekat Georgetown, masih belum tercemar dikelilingi hutan dan dusun durian menjadi pilihan pengunjung




Pengunjung, Suhaili Sulaiman, 35, berkata walaupun kolam air terjun itu kini menjadi tumpuan umum namun kemudahan asas seperti tandas dan tempat persalinan tidak disediakan.

"Saya berharap kemudahan asas ini dapat disediakan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke kolam air terjun ini untuk beriadah bersama keluarga kerana ianya masih belum tercemar," katanya.




Air terjun Sungai Ara, Bayan Lepas, dekat Georgetown, masih belum tercemar dikelilingi hutan dan dusun durian menjadi pilihan pengunjung



Beliau berkata, selain itu, pihak Jabatan Kesihatan negeri juga perlu memastikan kolam itu bebas daripada kesan ancaman kencing tikus kerana sebelum ini ianya pernah ditutup kepada orang ramai.

Pengunjung lain, Rashidah Haroon, 56, berkata kolam air terjun itu menjadi lokasi tetap penduduk setempat kerana ianya satu-satunya tempat riadah terletak di kawasan bandar baru yang dibangunkan.




Laluan memasuki lokasi air terjun Sungai Ara



"Keindahan suasana dusun durian dan kesejukan air menjadi tarikan utama penduduk untuk beriadah sambil berkelah bersama keluarga terutama pada cuti hujung minggu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diminta mengawasi tindakan segelintir kontraktor pembersihan yang didapati sengaja membuang sampah di lereng bukit menuju ke kolam air terjun itu.





IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut





Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama

3 ulasan: