Gabungan tujuh jenis nasi dalam satu pinggan dan disajikan dengan pelbagai jenis lauk pauk mengikut pilihan pelanggan di restoran Nasi Tujuh Benua |
Georgetown: Kepelbagaian hidangan lauk-pauk tidak akan sempurna sekiranya tidak disertakan dengan nasi yang menjadi makanan utama bagi rakyat negara ini, apatah lagi jika ianya mengekalkan hidangan secara tradisional.
IKLAN - ISILA Terbaik Buat Lutut Ibu Anda |
Itulah yang cuba ditonjolkan oleh seorang remaja dan pengusaha restoran Nasi Tujuh Benua, Nurul Fazni Osman, 28 dengan menampilkan gabungan tujuh jenis nasi dalam satu pinggan dan disajikan dengan pelbagai jenis lauk pauk mengikut pilihan pelanggan.
Pelanggan yang berkunjung ke restoran Koo Boo yang terletak berhampiran Flat Seri Delima berhadapan dengan Padang Kelab Bola Sepak Sungai Ara, dekat sini, berpeluang menikmati pelbagai tujuh jenis nasi iaitu putih, minyak, lemak, lemuni, kacang, tomato dan hujan panas serendah RM2 sepinggan.
|
Pelanggan sedang memilih lauk untuk digabungkan dengan nasi tujuh benua |
Restoran itu masih mengekalkan harga rendah bagi lauk-pauk iaitu RM3 untuk ayam masak merah, daging RM2 seketul, telur RM1 sebiji, sotong RM2 dan udang antara 60 sen hingga RM3.
"Kita sentiasa mementingkan kepuasan hati pelanggan yang datang menjamu selera berpeluang menikmati minuman sirap dan teh o ais secara percuma," katanya.
Pembantu restoran dengan memasukkan nasi dalam acuan untuk tujuh jenis nasi |
IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut |
Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan