Selasa, 25 Oktober 2016

MINAT MENDALAM MENDORONG SURIRUMAH CEBURI PERNIAGAAN PENJUALAN BUNGA ORKID

Nor Fazura Sulaiman, 33 sedang membetulkan bunga orkid yang dijual di ekspo usahawan berhampiran Masjid Daerah Balik Pulau, dekat Georgetown

Balik Pulau: Bermula dari minat yang mendalam dalam tanaman bunga orkid yang menjadi penghias sekeliling rumah akhirnya bertukar menjadi pendorong kepada seorang surirumah untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan secara aktif.

Nor Fazura Sulaiman, 33 kegemarannya mendalami dunia bunga orkid secara tidak sengaja mewujudkan perasaan 'cinta' dihatinya untuk menjadikan bunga terbabit sebagai punca pendapatan.







IKLAN - ISILA terbaik buat lutut ibu anda





"Pada mulanya saya hanya menanam pokok bunga orkid sebagai hobi bagi mengisi masa lapang di halaman rumah dan ada diantara jiran dan pelanggan datang membeli spesis orkid secara kecil-kecilan.

"Bertitik-tolak dari situlah saya membulatkan tekad untuk menceburi penjualan bunga orkid secara serius sebagai satu perniagaan dan bersyukur usaha ini turut didorong oleh suami saya, Hasrul Nazri Abdullah, 35," katanya ketika ditemui di gerai jualan di depan Masjid Daerah Balik Pulau, di sini.




Antara koleksi bunga orkid yang dijual di ekspo usahawan berhampiran Masjid Daerah Balik Pulau



Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, selain puas melihat keindahan dan kesegaran bunga orkid yang tumbuh mekar pada masa sama, mampu menjana pendapatan mereka sekeluarga.

"Perniagaan secara besar-besaran ini dimulakan pada awal 2015 dengan mengembangkan operasi di setiap pasar tani, ekspo keusahawanan dan pasar awam dimulakan dengan modal permulaan kira-kira RM14,000," katanya.




Nor Fazura sedang membetulkan bunga orkid yang dijual di ekspo usahawan



Beliau berkata, sambutan yang diterima daripada pelanggan amat menggalakkan yang sering datang untuk mendapatan pelbagai koleksi spesis bunga orkid tempatan dan diimport dari negara jiran termasuk Thailand dan Taiwan.

Katanya, bagi spesis bunga orkid dijual bersama pasu kecil bermula serendah RM12 sehingga RM30 setiap satu, manakala anak pokok buah-buahan dijual dari RM15 hingga RM25.




Hasrul Nazri Abdullah, 35 sedang membetulkan bunga orkid yang dijual di ekspo usahawan



"Pelanggan kita bukan saja datang di kalangan masyarakat setempat tetapi ada juga dari Kuala Lumpur, Perlis dan Indonesia semata-mata untuk membeli spesis bunga orkid koleksi kami," katanya.

Beliau berkata, ada bunga orkid daripada spesies asli dan ada juga yang dihasilkan melalui teknik kahwin spora yang menghasilkan dua warna berlainan pada bunganya.



Nor Fazura sedang membetulkan bunga orkid yang dijual di ekspo usahawan



Katanya, penjagaan bunga orkid perlu dilakukan dengan teliti termasuk jumlah siraman air yang tepat dan memastikan pasu diisi dengan arang bagi memastikannya proses tumbuhannya tidak terbantut.

"Berikutan sambutan yang diluar dugaan, saya bercadang untuk mengembangkan perniagaan bunga orkid ini ke beberapa lokasi lain dalam tempoh terdekat ini," katanya.

Beliau berkata, mereka yang ingin mendapatkan koleksi bunga orkid pada kadar harga berpatutan boleh menghubunginya di talian 019-4373455.






IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut





Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan