Jumaat, 21 Oktober 2016

BEKAS KAKITANGAN JKR PERKENAL HOMESTAY ISLAMIK BENDANG INDAH TEPI BENDANG DI BALIK PULAU

Rokiah Amir, 62, membina lot rumah di atas sebidang di atas semangat ingin memperkenalkan konsep penginapan di tepi bendang di Jalan Baru, Balik Pulau

Balik Pulau: Pernahkah anda membayangkan berada di sebuah rumah di tengah-tengah sawah padi yang menghijau sambil dibelai oleh tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang cukup mendamaikan jiwa.

Pemandangan yang mengasyikkan dan kedamaian yang menanti itu bukanlah khayalan, sebaliknya boleh dinikmati jika anda menginap di Homestay Islamik Bendang Indah di Jalan Baru, Balik Pulau, di sini.







IKLAN - ISILA terbaik buat lutut ibu anda





Bagi warga kota yang tidak pernah merasai pengalaman sebegitu, kini boleh merasainya sendiri dengan kedamaian yang sedia menanti pengunjung dengan hanya kira-kira satu jam memandu dari ibu kota.

Pengusahanya, Rokiah Amir, 62, berkata dia membina lot rumah di atas sebidang di atas semangat ingin memperkenalkan konsep penginapan di tepi bendang.

"Saya yakin dengan potensi besar dalam industri inap desa (homestay) sekali gus memulakan projek ini sejak November 2012 dengan kos RM60,000," katanya ketika ditemui, di sini.

Bekas kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Barat Daya, Rokiah berkata, dia mahu memperkenalkan pelancongan berkonsepkan agro membina inap desa itu hasil usahanya bersama dorongan keluarga yang tidak putus-putus memberikan semangat kepadanya.




Rokiah  melihat pemandangan indah sawah padi dari beranda Homestay Islamik Bendang Bendang Indah



Katanya, konsep inap desa yang dibina bercirikan kehidupan pesawah itu adalah ideanya sendiri yang ingin memperkenalkan kehidupan di tempat asalnya kepada masyarakat umum.

"Homestay Islamik Bendang Indah dilengkapi dengan kemudahan dua unit bilik tidur bersebelahan selain dapur, tandas, kipas angin dan ruang beranda membolehkan pelawat menikmati keindahan sawah padi yang terbentang luas dengan kadar harga RM100 semalam bagi satu bilik dan RM200 untuk sebuah rumah," katanya.

Beliau berkata, bagi pengunjung yang gemarkan aktiviti pertanian atau ingin merasai bagaimana kehidupan petani di kampung, mereka turut berpeluang menikmatinya.

Katanya, mereka akan diberi pendedahan tentang kehidupan seharian masyarakat kampung seperti menjalankan aktiviti pertanian, menangkap ikan bahkan memasak masakan tradisional.




Rokiah sedang mengemaskan bilik Homestay Islamik Bendang Bendang Indah di Balik Pulau



"Pengunjung juga boleh memilih untuk berjalan kaki atau menggunakan basikal untuk mengelilingi kawasan kampung dan melawat sawah padi," katanya.

Rokiah berkata, tujuan utama beliau ialah untuk memberikan pilihan kepada orang ramai yang ingin lari dari hiruk-pikuk kota dan berehat di kawasan kampung tanpa gangguan.

Katanya, sebenarnya idea itu datang apabila dia melihat kehendak masyarakat masa kini yang lebih gemar menghabiskan masa di kampung dalam suasana yang tenang.

"Oleh itu, saya bina rumah di tepi sawah ini bagi memberi peluang kepada warga kota berehat dan tidak perlu pulang ke kampung hanya semata-mata untuk menenangkan fikiran,




Homestay Islamik Bendang Bendang Indah di Balik Pulau, dekat Georgetown menawarkan pemandangan indah sawah padi yang terbentang luas



"Sebab itu jugalah mendorong saya tidak menjalankan perniagaan ini secara besar-besaran kerana niat saya bukannya hendak mendapatkan keuntungan namun hanya untuk memberi keseronokan dan merapatkan hubungan sesama manusia sahaja," katanya.

Daerah Barat Daya juga terdapat pelbagai pilihan inap desa yang disediakan, jadi warga kota boleh memilih mengikut kehendak mereka.

Bagaimanapun, inap desa miliknya sering menjadi pilihan pengunjung bermalam memandangkan ia berada di tengah-tengah sawah padi serta mempunyai persekitaran yang selesa.

Rokiah berkata, Homestay Bendang Indah juga sering menjadi pilihan keluarga pengantin untuk menjadikan rumah tersebut sebagai tempat persinggahan mereka sementara menunggu majlis berlangsung.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang inap desa ini, boleh menghubungi atau menghantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Rokiah di talian 013-4284748.






IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut





Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan