Khamis, 13 Oktober 2016

PENGUSAHA JUS BUAH PALA BUMIPUTERA HASRAT LEBARKAN SAYAP PERNIAGAAN KE SELURUH NEGARA

Rohani Mohd Hassan, 52, sedang mengisar buah pala untuk mendapatkan pati bagi dijadikan jus di kawasan industri kecil

Balik Pulau: Kira-kira 11 tahun lalu, Rohani Mohd Hassan, 52, sekadar menjadi pengeluar jus buah pala secara kecil-kecilan di sekitar daerah Balik Pulau, tetapi kini beliau adalah satu-satunya pengeluar jus Bumiputera yang menceburi bidang perniagaan itu.

Jus buah pala yang menggunakan jenama D'Rosa kini menjadi buah tangan popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara yang berkunjung ke Pulau Mutiara ini.







IKLAN - ISILA terbaik buat lutut ibu anda





Kejayaan Rohani mengusahakan kilang menerusi syarikatnya Rohani MH Enterprise di kawasan industri kecil di Sungai Nipah, di sini, memulakan operasi pada 2004 adalah berkat kesabaran dan kegigihannya untuk memajukan lagi perniagaan yang diusahakannya itu.

Rohani berkata, segalanya bermula apabila dia menderita akibat masalah kesihatan sejak lebih dua tahun dan selepas meminum air jus buah pala dalam tempoh sebulan, penyakitnya akhirnya sembuh.




Rohani Mohd Hassan, 52, menunjukkan produk jus dan kordial jenama D'Rosa



Kandungan zat buah pala adalah zat kalium, kalsium, fosforus, lemak, protein dan karbohidrat serta baik untuk kekuatan minda, sakit kepala, masalah bau mulut, gatal-gatal dan menghilangkan jeragat.

Buah pala juga dijadikan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan minyak gosok dan balm, malah ia baik untuk kegunaan luar seperti sakit kepala dan sakit perut.




Produk jus dan kordial jenama D'Rosa



"Saya memulakan perniagaan jus Rozel bermodalkan RM50 untuk membeli botol minuman dan diedarkan secara kecil-kecilan, namun minat mendalam untuk menghasilkan jus buah pala mendorong saya melebarkan sayap perniagaan untuk terus berkembang," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, sehingga kini, dia adalah antara pelopor Bumiputera yang mengeluarkan produk jus buah pala dengan bantuan peralatan yang dipinjamkan oleh Jabatan Pertanian Balik Pulau.




Pokok buah pala mempunyai pelbagai khasiat di tanam di lereng bukit sekitar laluan Jalan Tun Sardon ke Balik Pulau



Katanya, selepas belajar dan membuat pelbagai percubaan serta merumuskan resipi jus terbaik, dia memulakan pengeluaran secara kecil-kecilan bermula di rumahnya berhampiran Sungai Rusa, di sini.

"Saya kini berjaya mengeluarkan kira-kira 10,000 botol dan pek minuman untuk pasaran ke Kuala Lumpur, Perak dan Kelantan dan turut mendapat permintaan tinggi daripada beberapa negeri lain," katanya.




Demonstrasi cara pembuatan jus buah pala



Jus buah pala dengan kandungan 270 mililiter (ml) dan botol 30 ml dijual pada harga RM3, manakala kordial seberat 1 liter dijual pada harga RM12 sebotol.

Rohani berkata, proses untuk menghasilkan jus buah pala bermula dengan mengisar buah sebelum diperah menggunakan mesin bagi mendapatkan patinya sebelum dimasak dengan air gula.




Demonstrasi cara pembuatan jus buah pala



"Minuman jus pala yang diproses mempunyai pelbagai khasiat selain membantu melegakan sakit perut, menghilangkan angin senggugut, membuang angin dalam badan, melawaskan pembuangan, mencegah kolestrol, darah tinggi, membantu perjalanan darah dan mencegah darah beku pada saluran jantung," katanya.

Di sebalik kejayaan mengusahakan perniagaan itu, Rohani turut menanam cita-cita untuk membuka kilang miliknya sendiri selain memperluaskan pengedaran jus buah pala di seluruh negara.





IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut





Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama

1 ulasan:

  1. Casino Hotel Waterloo - Mapyro
    Welcome to Casino Hotel Waterloo. Take 춘천 출장안마 a look at 부천 출장샵 our Casino Hotel Waterloo map, the 오산 출장안마 area map, customer reviews, hotel 성남 출장안마 information and contact information. Find your way to 김포 출장샵

    BalasPadam