Pengunjung melihat penampilan wajah baru pembabitkan seniman agung yang dipamerkan di Galeri P Ramlee, Jalan P Ramlee, Georgetown |
Pengunjung berpeluang melihat pelbagai koleksi insan seni dan budaya bangsa khususnya dalam bidang muzik, lagu, lakonan dan perfileman walaupun sudah 42 tahun seniman agung itu meninggal dunia, namun namanya masih terpahat di hati dan sanubari setiap masyarakat di Jalan P Ramlee, di sini.
IKLAN - ISILA terbaik buat lutut ibu anda |
"Lebih 300 pengunjung termasuk pelancong asing dan pelajar akan mengunjungi galeri itu yang dibuka secara percuma mulai jam 10 pagi hingga 5.30 petang kecuali Isnin," katanya ketika ditemui, di sini.
P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh membina nama sebagai insan seni yang serba boleh. Dialah pelakon, dia juga penyanyi, pelawak, komposer serta pengarah filem.
Tidak hairanlah, berita pemergiannya menghadap Ilahi pada 29 Mei 1973 begitu mengejutkan peminat-peminatnya sehingga pemergiannya diibaratkan satu kehilangan besar dalam industri hiburan negara dan terus dikenang sehingga kini.
Lagu-lagu dan filem-filem lakonan dan arahannya adalah bersifat klasik dan diminati sehingga hari ini dan karyanya jelas bukan sekadar hiburan sahaja malah ia adalah satu himpunan khazanah yang membicarakan tentang cita-cita, harapan, impian, nilai, kesucian agama, kemelut sosial dan keagungan sejarah bangsanya.
"Di rumah inilah P. Ramlee membesar dan mengharungi zaman kanak-kanak serta alam persekolahan sebelum beliau berhijrah ke Singapura dan Kuala Lumpur untuk mengorak langkah lebih jauh dalam bidang seni," katanya.
Melangkah ke ruang dalamnya, pengunjung pasti terpesona melihat perjalanan kehidupan yang pernah dilalui legenda perfileman Melayu itu satu ketika dahulu. Pelbagai koleksi peribadi P. Ramlee bermula dari zaman remaja sehinggalah kejayaan yang dicapai dalam bidang seni dipamerkan termasuk poster-poster filem, buku muzik, poskad, serta pelbagai dokumen peribadi lain.
Ruang dapur juga tidak terkecuali memiliki aura nostalgia yang mempamerkan peralatan memasak dan set-set alat hidangan yang pernah digunakan P. Ramlee sekeluarga.
IKLAN - ISILA Berkesan Merawat Sakit Lutut |
Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan