Isnin, 21 November 2016

MAKAM ULAMA TERKEMUKA PULAU PINANG DALAM KEADAAN DAIF DAN ROSAK

Bahagian kecubung setinggi 20 meter di Makam Sheikh Omar Basheer di Kampung Melayu, Air Itam, Georgetown, kini ditumbuhi dengan pokok menjalar dan cat di dinding bangunan konkrit itu mulai pudar kesan cahaya matahari

GEORGETOWN: Makam Sheikh Omar Basheer, salah seorang ulama terkemuka di negeri ini kini didapati berada dalam keadaan daif dan mula mengalami kerosakan di bahagian bangunannya.

Lokasinya makam itu yang  terletak di Jalan Kampung Melayu, Air Hitam, di sini, adalah yang terbesar dan terindah di bahagian pulau negeri ini memerlukan kerja-kerja menaiktaraf bagi mengekalkan keasliannya.

Ahad, 20 November 2016

MAKAM ULAMA TERKEMUKA PULAU PINANG DALAM KEADAAN DAIF DAN ROSAK

Bahagian kecubung setinggi 20 meter di Makam Sheikh Omar Basheer di Kampung Melayu, Air Itam, Georgetown, kini ditumbuhi dengan pokok menjalar dan cat di dinding bangunan konkrit itu mulai pudar kesan cahaya matahari

GEORGETOWN: Makam Sheikh Omar Basheer, salah seorang ulama terkemuka di negeri ini kini didapati berada dalam keadaan daif dan mula mengalami kerosakan di bahagian bangunannya.

Lokasinya makam itu yang  terletak di Jalan Kampung Melayu, Air Hitam, di sini, adalah yang terbesar dan terindah di bahagian pulau negeri ini memerlukan kerja-kerja menaiktaraf bagi mengekalkan keasliannya.

Sabtu, 19 November 2016

KUIH BAHULU PELBAGAI PERISA JADI JUADAH POPULAR DI KALANGAN PELANGGAN

Pengusaha, Hamizon Abdul Karim, 33 menunjukkan kuih bahulu perisa pandan yang menjadi pilihan popular di kalangan pelanggan di Jalan Genting, Balik Pulau

Balik Pulau: Kuih bahulu suatu ketika dahulu amat terkenal dan menjadi juadah popular yang sering dihidangkan sewaktu musim perayaan dan menjadi salah satu hidangan wajib.

Namun kini, permintaan tinggi terhadap kuih bahulu khususnya untuk hidangan seisi keluarga pada waktu petang menyebabkan ianya kini mudah didapati dan sering dijadikan cenderahati pada majlis keraian, malah terdapat dalam pelbagai bentuk yang menarik.

Jumaat, 18 November 2016

BEKAS PELAJAR MULTIMEDIA KOLEJ KOMUNITI SELAYANG CEBURI BIDANG PEMBUATAN KRAFTANGAN SERAMIK

Mohd Shah Arman Shamsu, 23, menunjukkan salah satu hasil tembikar seramik yang dihasilkannya di Sila Studio, Jalan Bharu, Balik Pulau

Balik Pulau: Industri kraf seperti seramik mampu dijadikan sebagai produk industri bagi penduduk kampung dan melahirkan usahawan-usahawan kraf yang berdaya saing di negeri ini.

Justeru, bagi menzahirkan hasrat kerajaan mewujudkan ‘Satu Daerah Satu Industri’, seorang anak muda, Mohd Shah Arman Shamsu, 23, tidak mahu ketinggalan untuk menceburi bidang seramik yang dilihat berpontensi untuk dimajukan.

Khamis, 17 November 2016

RUANGAN DULU DAN KINI (NUANSA)

Bangunan asal Masjid Maqbul yang terletak di tebing Sungai Pinang, Georgetown, turut dikenali sebagai Masjid Tok Guru dibina pada tahun 1850

Georgetown: Masjid Maqbul terletak di tebing Sungai Pinang yang turut dikenali sebagai Masjid Tok Guru dibina pada tahun 1850. Ia didirikan oleh pedagang-pedagang Acheh yang menggunakan laluan sungai itu untuk memudiki ke hilir bagi membawa barangan seperti rempah, gambir,pala dan berbagai barangan lain dari kawasan pendalaman.

Masjid Maqbul yang berkeluasan 540 meter persegi itu juga dikatakan dibina menggunakan batang pokok Nibong sebelum dibaiki menggunakan batu-bata pada 1850 hasil derma seorang berketurunan Jawi Peranakan dikenali Abdul Ghani pada abad ke-19 yang berasal dari Madura, Indonesia.

Rabu, 16 November 2016

RAJA TEH TARIK PULAU PINANG PAMER AKSI MENARIK TARIK PENGUNJUNG SEBAGAI SUMBER REZEKI

Pembancuh minuman teh tarik, Jalil Abdul Aziz, 47 mempamerkan pelbagai aksi menarik tanpa menumpahkan walau setitik bancuhan minuman itu di Taman Abidin, Jalan Perak, Georgetown

GEORGETOWN: Teh tarik sememangnya cukup sinonim sebagai minuman hidangan wajib bukan sahaja di rakyat tempatan, tetapi juga pelancong asing juga tidak mahu ketinggalan untuk menikmati keenakkan adunan teh dan susu pekat di semua restoran dan premis makanan di negeri ini.

Rasa enak teh tarik yang tersendiri menggabungkan perasa manis, sedikit pahit sudah pasti menggoda lidah sesiapa sahaja untuk terus merasakan nikmatinya minuman itu.

Selasa, 15 November 2016

PANTAI TANJUNG ASAM DI GERTAK SANGGUL KINI SEMAKIN POPULAR DI KALANGAN PENGUNJUNG

Keindahan Pantai Tanjung Asam di Gertak Sanggul, dekat Balik Pulau, mampu memukau pengunjung untuk berkelah dan beriadah di situ

Balik Pulau: Pulau Pinang sememangnya dikelilingi dengan pantai yang bersih dan indah dengan panorama yang memukau sesiapa sahaja sekali gus mampu mengundang ketenangan di kalangan pengunjungnya yang mahu lari sejenak dari kesibukan kota. 

Pantai Tanjung Asam yang terletak di daerah Barat Daya berhampiran Gertak Sanggul, di sini, adalah salah satu objek keindahan alam yang masih belum tercemar dengan pantai memutih serta lekukan tanjong kini menjadi destinasi perkelahan wajib di kalangan pengunjung.

Isnin, 14 November 2016

MPPP NAIKTARAF TAMAN LALULINTAS UNTUK KEMUDAHAN ORANG RAMAI BERIADAH

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menaiktaraf Taman Lalulintas di Lebuhraya Bodhi, Georgetown, bagi menarik kunjungan orang ramai beriadah

Georgetown: Jika sebelum ini, pengunjung yang menggunakan kemudahan beriadah di Taman Laluintas di Lebuhraya Bodhi, di sini, merungut kerana kemudahan disediakan tidak menepati kehendak ramai, namun kini mereka dapat menarik nafas lega apabila Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bertindak menaiktaraf kawasan itu.

Kawasan yang sering digunakan untuk acara permainan lalulintas oleh murid sekolah rendah selain orang ramai yang beriadah setiap awal pagi dan petang.

Ahad, 13 November 2016

TAMAN PERBANDARAN JADI PILIHAN KELUARGA PADA HUJUNG MINGGU DAN CUTI PERSEKOLAHAN

Kolam renang di Taman Perbandaran Pulau Pinang sentiasa penuh dengan pengunjung yang mandi-manda bersama keluarga di Persiaran Kuari, Georgetown

GEORGETOWN: Taman Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Persiaran Kuari, kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar semakin dikenali bukan sahaja pada cuti hujung minggu malah cuti penggal persekolahan.

Ini berikutan taman itu bukan sahaja menjadi tempat paling seduai kepada pengunjung untuk beriadah sambil bersantai bersama keluarga, malah turut menjadi pilihan pencinta alam.

Sabtu, 12 November 2016

RANGKA IKAN PAUS JADI TARIKAN PENGUNJUNG KE AKUARIUM PULAU PINANG

Pintu gerbang Akuarium IPP di Batu Maung, dekat Georgetown, yang bakal menerima kunjungan lebih ramai pelawat

Batu Maung: Rangka ikan paus dengan lebih 100 spesis termasuk ikan hiasan dijangka menjadi tarikan pengunjung Akuarium Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Batu Maung, dekat sini, selepas dibuka sepenuhnya kepada orang ramai.

Pembukaan akuarium dengan wajah baru itu menjadi tarikan baru kepada pengunjung dengan beberapa penampilan istimewa khususnya 
pameran ikan hiasan selain hidupan marin termasuk kolam ikan dan penyu di bahagian luar dengan memaparkan konsep flora dan fauna.

Jumaat, 11 November 2016

PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR BALIK PULAU


Balik Pulau: Pusat Falak Sheikh Tahir dibuka bagi memberi ruang kepada orang ramai menimba pengetahuan mengenai stesen penyelidikan astronomi dan sains atmosfera antara Jabatan Mufti Pulau Pinang dan Unit Penyelidikan Universiti Sains Malaysia (USM).

Orang ramai berpeluang melihat dengan lebih dekat pelbagai kemudahan yang disediakan merangkumi bidang penyelidikan, kegiatan berkaitan falak dan sains astronomi.

Khamis, 10 November 2016

KUIH PAK TONGKO TERUS JADI PILIHAN PENDUDUK TEMPATAN DAN PELANCONG ASING

Abdul Latif  Abdul Karim, 54 menunjukkan kuih Pak Tongko yang baru digoreng di Jalan Hatin, Georgetown

Georgetown: Pulau Pinang yang dikenali sebagai `syurga makanan' bukan sahaja menyajikan pelbagai masakan tradisi yang enak di restoran atau kedai makan popular, namun masih banyak makanan penjaja yang belum diketengahkan walaupun mendapat sambutan memberansangkan daripada pelanggan.

Masakan yang diperkenalkan oleh masyarakat India Muslim di negeri ini turut menyajikan pelbagai makanan ringan yang segar dan sihat dengan kadar bayaran murah tetapi menyelerakan.

Rabu, 9 November 2016

GALERI ARKEOLOGI USM BERJAYA TARIK LEBIH 5,000 PENGUNJUNG SETAHUN

Pengunjung ke Galeri Arkeologi USM, Minden, Georgetown, berpeluang melihat pelbagai koleksi penyelidikan termasuk replika Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia

Georgetown:  Jumlah pelawat termasuk pelancong asing yang mengunjungi Galeri Arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM), Minden, di sini, yang menempatkan lebih 500 artifak sejarah terus meningkat dan sehingga kini berjaya menarik lebih 5,000 pengunjung setahun.

Pengunjung berpeluang melihat pelbagai koleksi penyelidikan yang dilaksanakan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) sejak 27 tahun lalu termasuk replika Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. 

Selasa, 8 November 2016

PUSAT REKREASI MINI D' MEMORI JADI TUMPUAN PELANCONG TEMPATAN DAN LUAR NEGARA

Pusat Mini Rekreasi D' Memori yang terletak di pantai Tanjung Assam, Teluk Kumbar, Balik Pulau, dibina untuk kemudahan orang ramai berkelah dan beriadah

Balik Pulau: Pulau Pinang kini mempunyai satu lagi tempat tumpuan pengunjung untuk berkelah dan beriadah bersama keluarga apabila Pusat Mini Rekreasi D' Memori yang terletak di pantai Tanjung Assam, Teluk Kumbar, dekat sini, dibina untuk kemudahan orang ramai.

Pusat itu siap sepenuhnya pada 2002 dan mengambil masa antara empat hingga lima tahun untuk meneroka tapak yang dipenuhi semak-samun bagi membina kemudahan seleperti homestay, chalet, tandas, surau, tempat makan dan bilik mandi untuk kemudahan pengunjung.

Isnin, 7 November 2016

PANTAI KERACHUT TAMAN NEGARA PULAU PINANG




Pantai Kerachut : Pantai Kerachut yang terletak dalam Taman Negara Pulau Pinang menggamit kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara untuk menikmati keindahan alam semula jadinya, termasuk hutan tropika yang dimilikinya.

Keindahan alam semula jadinya dengan hamparan pantai memutih apatah lagi belum tercemar amat bersesuaian khususnya kepada pengunjung yang mahu menghilangkan kepenatan selepas bertungkus lumus bekerja.

Selasa, 25 Oktober 2016

MINAT MENDALAM MENDORONG SURIRUMAH CEBURI PERNIAGAAN PENJUALAN BUNGA ORKID

Nor Fazura Sulaiman, 33 sedang membetulkan bunga orkid yang dijual di ekspo usahawan berhampiran Masjid Daerah Balik Pulau, dekat Georgetown

Balik Pulau: Bermula dari minat yang mendalam dalam tanaman bunga orkid yang menjadi penghias sekeliling rumah akhirnya bertukar menjadi pendorong kepada seorang surirumah untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan secara aktif.

Nor Fazura Sulaiman, 33 kegemarannya mendalami dunia bunga orkid secara tidak sengaja mewujudkan perasaan 'cinta' dihatinya untuk menjadikan bunga terbabit sebagai punca pendapatan.

Sabtu, 22 Oktober 2016

KUMPULAN BURUNG HIJRAH DI KUALA SUNGAI JELUTONG JADI TUMPUAN PEMINAT UNGGAS

Kawasan Kuala Sungai Jelutong, Georgetown, menjadi tumpuan pelbagai habitat kumpulan unggas yang singgah sekali gus menjadi tumpuan orang ramai

Georgetown: Walaupun terletak bersebelahan dengan tapak pelupusan sampah pepejal di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, kehadiran kumpulan burung hijrah ternyata mencuri tumpuan bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan termasuk pencinta burung untuk melihat dengan lebih dekat pelbagai spesis unggas yang singgah di situ.

Kawasan paya bakau yang kini hanya tinggal sebahagian kecil sahaja berikutan projek tebus guna tanah yang dijalankan di sekitar kawasan terbabit  perlu terus dipertahankan bagi memastikan kehadiran burung berkenaan terus singgah di situ dalam tempoh jangka masa panjang.

Jumaat, 21 Oktober 2016

BEKAS KAKITANGAN JKR PERKENAL HOMESTAY ISLAMIK BENDANG INDAH TEPI BENDANG DI BALIK PULAU

Rokiah Amir, 62, membina lot rumah di atas sebidang di atas semangat ingin memperkenalkan konsep penginapan di tepi bendang di Jalan Baru, Balik Pulau

Balik Pulau: Pernahkah anda membayangkan berada di sebuah rumah di tengah-tengah sawah padi yang menghijau sambil dibelai oleh tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang cukup mendamaikan jiwa.

Pemandangan yang mengasyikkan dan kedamaian yang menanti itu bukanlah khayalan, sebaliknya boleh dinikmati jika anda menginap di Homestay Islamik Bendang Indah di Jalan Baru, Balik Pulau, di sini.

Khamis, 20 Oktober 2016

MUZIUM PERANG JADI TARIKAN BARU

Muzium Perang Maritim bernilai RM20 juta  di Batu Maung, dekat Georgetown, akan menjadi tarikan terbaru pengunjung ke Pulau Pinang

Batu Maung: Projek Muzium Perang Maritim bernilai RM20 juta dicadangkan akan menjadi tarikan terbaru pengunjung ke Pulau Pinang apabila pengurusan muzium terbesar di Asia Tenggara itu memperkenalkanya tidak lama lagi.

Ia bakal mempamerkan bahan peninggalan tentera British dan Jepun pada Perang Dunia Kedua yang menggunakan altileri ketenteraan laut.

Selasa, 18 Oktober 2016

BEKAS GURU KINI BERGELAR USAHAWAN AYAM PIRU TERKENAL DI PULAU PINANG

Farizal Hamidon, 46 (kanan) sedang memasukkan ayam piru ke dalam reban di ladang Teroka Jaya di Mukim E, Titi Teras, Balik Pulau

Balik Pulau: Hasrat untuk melakukan perubahan dan mencuba sesuatu yang baru ternyata memberikan pulangan yang lumayan kepada seorang bekas guru yang kini bergelar usahawan ayam piru atau ayam belanda di Mukim E, Titi Teras, di sini.

Ini kerana produk bekalan ayam piru atau nama saintifiknya,  Meleagris Gallopavo kini semakin mendapat permintaan tinggi di kalangan pengusaha hotel di negeri ini ketika menyambut beberapa perayaan berbanding sebelum ini mereka terpaksa mengimport produk makanan itu dari luar negara khususnya dari Australia.

Isnin, 17 Oktober 2016

CHALET SERI IDAMAN TELUK TEMPOYAK SAJIKAN BILIK DAN BALKONI UNTUK MEMANCING DARI DALAM BILIK

Chalet Seri Idaman Teluk Tempoyak, Batu Maung, dekat Georgetown, menawarkan pakej untuk golongan pemancing dan pengunjung

Bayan Lepas: Keindahan persekitaran yang dikelilingi dengan kampung nelayan menjadi tarikan utama pelancong tempatan dan asing yang mengunjungi negeri ini sekali gus menginap di Chalet Seri Idaman.

Chalet Seri Idaman terletak di Teluk Tempoyak, di sini, yang semakin dikenali di kalangan pelawat dibuka pada Mei 1997 menyajikan desiran bayu laut yang nyaman dan tenang sambil bersantai di balkoni bilik bersama keluarga.

Ahad, 16 Oktober 2016

GALERI DAN RUMAH P RAMLEE BERWAJAH BARU LEBIH MENARIK TARIK LEBIH RAMAI PENGUNJUNG HARGAI PENGORBANAN SENIMAN AGUNG

Pengunjung melihat penampilan wajah baru pembabitkan seniman agung yang dipamerkan  di Galeri P Ramlee, Jalan P Ramlee, Georgetown

GEORGETOWN: Galeri dan Rumah P Ramlee yang menempatkan tempat kelahiran seniman agung berwajah baru dengan penampilan baru lebih menarik sekali gus mensasarkan peningkatan jumlah pengunjung melebihi 90,000 pelawat setahun.

Pengunjung berpeluang melihat pelbagai koleksi insan seni dan budaya bangsa khususnya dalam bidang muzik, lagu, lakonan dan perfileman walaupun sudah 42 tahun seniman agung itu meninggal dunia, namun namanya masih terpahat di hati dan sanubari setiap masyarakat di Jalan P Ramlee, di sini.

Sabtu, 15 Oktober 2016

TAMAN RIMBA REKREASI TELUK BAHANG TERUS JADI TUMPUAN PELANCONG TEMPATAN DAN ASING

Kolam renang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung ke Taman Rimba

Teluk Bahang:  Lebih sepuluh tahun lalu pekan Teluk Bahang, dekat sini, yang terletak berhampiran pusat peranginan terkenal di negeri ini khususnya Batu Feringgi, amat popular di kalangan pelancong tempatan dan asing.

Ini kerana pelancong yang tiba di negeri ini, sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menjengok pekan Teluk Bahang kerana mempunyai pelbagai lokasi pelancongan seperti Hutan Lipur, Taman Rama-Rama, Escape, Empangan Teluk Bahang, Taman Negara Pulau Pinang yang menjadi terus menjadi tarikan utama pengunjung.

Jumaat, 14 Oktober 2016

MUZIUM KOLONIAL PULAU PINANG JADI TARIKAN BARU PENGUNJUNG RASAI PENGALAMAN ERA KOLONIAL KETIKA ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH

Muzium Kolonial Pulau Pinang di Jalan D S Ramanathan, Georgetown, mempamerkan lebih 1,000 artifak sejarah membolehkan pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman dan keunikan serta kemewahan ketika era pentadbiran British

Georgetown: Pelbagai peristiwa bersejarah dapat disaksikan di Muzium Kolonial Pulau Pinang yang dibuka kepada penduduk setempat dan pelancong asing dilihat mampu menjadi satu lagi produk pelancongan baru bagi membolehkan pengunjung melihat dengan lebih dekat tinggalan sejarah merangkumi pelbagai seni dan budaya.

Muzium Kolonial Pulau Pinang itu mempamerkan lebih 1,000 artifak sejarah dan pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman dan keunikan serta kemewahan ketika era pentadbiran British.

Khamis, 13 Oktober 2016

PENGUSAHA JUS BUAH PALA BUMIPUTERA HASRAT LEBARKAN SAYAP PERNIAGAAN KE SELURUH NEGARA

Rohani Mohd Hassan, 52, sedang mengisar buah pala untuk mendapatkan pati bagi dijadikan jus di kawasan industri kecil

Balik Pulau: Kira-kira 11 tahun lalu, Rohani Mohd Hassan, 52, sekadar menjadi pengeluar jus buah pala secara kecil-kecilan di sekitar daerah Balik Pulau, tetapi kini beliau adalah satu-satunya pengeluar jus Bumiputera yang menceburi bidang perniagaan itu.

Jus buah pala yang menggunakan jenama D'Rosa kini menjadi buah tangan popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara yang berkunjung ke Pulau Mutiara ini.

Rabu, 12 Oktober 2016

LELAKI BUKA PERNIAGAAN PEMBUATAN CINCIN DAN BATU PERMATA BUMIPUTERA DI BALIK PULAU

Peniaga cincin dan batu permata, Shuhaimi Abdul Hamid menunjukkan sebahagian cincin yang ditempah pelanggan di Kompleks Balik Pulau

Balik Pulau: Cincin batu permata bukan saja menjadi perhiasan diri bagi wanita, malah ianya juga diminati lelaki kerana dilihat mempunyai kelebihan tertentu yang mampu mempengaruhi personaliti si pemakainya.

Menyedari hakikat itu, Shuhaimi Abdul Hamid, 57 terus optimis untuk meneruskan perniagaan yang diminatinya sejak berumur 19 tahun dengan membuat, menjual dan membaiki cincin permata.

Selasa, 11 Oktober 2016

KARIPAP MURAH RM2 BAGI TUJUH BIJI KARIPAP JADI PILIHAN RAMAI DI JALAN SUNGAI PINANG, BALIK PULAU

Peniaga, Norfadilah Saidin, 45 menunjukkan karipap yang dijual pada harga murah RM2 bagi tujuh biji karipap di gerai yang diusahakannya berhampiran tapak Pasar Malam Jalan Sungai Pinang, Balik Pulau

Balik Pulau: Hampir semua negara di dunia kini merasai kesan daripada harga makanan yang meningkat secara mendadak serta kedudukan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Keadaan ini menyebabkan ramai di kalangan rakyat lebih berhati-hati dalam mengeluarkan perbelanjaan khususnya untuk membeli makanan yang harganya masih kekal di paras terendah.

Isnin, 10 Oktober 2016

LAMAN MEMPELAI TUMPUAN RAMAI SELAIN PASANGAN RAJA SEHARI RAKAMKAN KENANGAN POTRET

Pengunjung mengambil peluang merakamkan gambar di Laman Mempelai di Taman Perbandaran Pulau Pinang di Persiaran Kuari, Georgetown
Georgetown: Laman Mempelai yang dibangunkan di Taman Perbandaran Pulau Pinang di Persiaran Kuari, di sini, bukan sahaja memanfaatkan pasangan Raja Sehari untuk mengabdikan kenangan tetapi kini pengunjung lain turut berpeluang menggunakan kemudahan yang disediakan itu.

Ahad, 9 Oktober 2016

AIS SARBAT DI GERAI AIS TINGKAP YANG UNIK TERUS JADI PILIHAN PELANGGAN DALAM DAN LUAR NEGARA

Mohd Taufik Seemi Mohd, 30 menunjukkan ais sarbat  hasil gabungan ramuan air kelapa muda, air gula dan ais batu yang dikisar selain herba wangi bagi menambah kelazatannya di Lebuh Tamil, Jalan Penang, Georgetown

Georgetown: Ais sarbat kini semakin menjadi pilihan bukan sahaja di kalangan penduduk negeri ini malah pelancong tempatan dan luar negara turut mengemarinya bagi menghilangkan dahaga ketika cuaca panas terik.

Ini kerana rasanya yang berbeza berbanding ais sirap lain kerana mempunyai pelbagai gabungan ramuan berperisa seperti air kelapa muda, air gula dan ais batu yang dikisar selain semburan herba wangi dari akar sarbat bagi menambah kelazatannya.

Sabtu, 8 Oktober 2016

LAKSA JANGGUS JADI PILIHAN RAMAI DI BALIK PULAU

Kakitangan Restoran Laksa Janggus sibuk menyediakan tempahan pelanggan di Kampung Perlis, Balik Pulau, dekat Georgetown

Balik Pulau: Pulau Pinang sememangnya cukup terkenal sebagai syurga makanan dan kebiasaannya jika ditanya apakah yang menjadi pilihan pelancong ke negeri ini sudah pasti ramai yang tidak mahu ketinggalan merasai keenakan nasi kandar dan laksa.

Jumaat, 7 Oktober 2016

KOLAM AIR TERJUN SUNGAI ARA JADI LOKASI TUMPUAN ORANG RAMAI PADA CUTI HUJUNG MINGGU

Air terjun Sungai Ara, Baya Lepas, dekat Georgetown, menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah pada cuti hujung minggu

Bayan Lepas: Keindahan dan keaslian alam semulajadi Air Terjun Sungai Ara, di sini, memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sahaja yang pernah mengunjungi air terjun di situ.

Air terjun yang terletak kira-kira 12 kilometer (km) dari pusat bandar dengan lokasi di tengah hutan itu pasti memukau sesiapa sahaja yang mengunjunginya.

Khamis, 6 Oktober 2016

COUNTRY STABLE SEDIAKAN PELBAGAI PAKEJ TARIK PENGUNJUNG MINAT MENUNGGANG KUDA DI BALIK PULAU

Pengunjung berpeluang melihat sambil bergambar bersama kuda peliharaan di Countryside Stable di Sungai Burung, Balik Pulau, dekat Georgetown

Balik Pulau: Hobi menternak kuda dan melakukan aktiviti yang bersabit dengannya bukan sahaja memberikan banyak manfaatnya kepada diri sendiri, namun selebihnya juga dapat dimanfaatkan oleh orang lain dalam konteks pelbagai sudut. 

Rabu, 5 Oktober 2016

NASI TUJUH BENUA JADI PILIHAN RAMAI NIKMATI PELBAGAI CITARASA NASI

Gabungan tujuh jenis nasi dalam satu pinggan dan disajikan dengan pelbagai jenis lauk pauk mengikut pilihan pelanggan di restoran Nasi Tujuh Benua

Georgetown: Kepelbagaian hidangan lauk-pauk tidak akan sempurna sekiranya tidak disertakan dengan nasi yang menjadi makanan utama bagi rakyat negara ini, apatah lagi jika ianya mengekalkan hidangan secara tradisional.

Selasa, 4 Oktober 2016

MUZIUM KRISTAL ASLI TERBESAR DI DUNIA JADI TARIKAN PELANCONG KE PULAU PINANG

Sebahagian batu kristal tempatan dan luar negara yang dijual di kedai cenderamata Muzium Kristal

Georgetown: Melangkah masuk ke bangunan dua tingkat Muzium Kristal terbesar di negeri ini pengunjung sudah pasti teruja untuk melihat keindahan keunikan pelbagai jenis reka bentuk kristal yang memukau pandangan mata sekali gus menjadikannya sebagai salah satu tarikan produk pelancongan terbaru ke Pulau Mutiara.